Vaksin influenza diberi percuma kepada warga emas dengan penyakit kronik - Exco

Ngwe berkata warga emas yang menghidap diabetes, sakit jantung, hipertensi dan lain-lain lebih berisiko mengalami komplikasi serius, kemasukan ke hospital atau kematian akibat jangkitan influenza. - Gambar Facebook Ngwe Hee Sem
MELAKA: Pemberian vaksinasi influenza hanya diberi secara percuma kepada golongan warga emas yang mempunyai penyakit kronik, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Datuk Ngwe Hee Sem.
Ringkasan AI
- Vaksinasi influenza percuma hanya untuk warga emas dengan penyakit kronik seperti diabetes dan sakit jantung bagi mengelak komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan influenza.
- Ubat antiviral seperti Tamilflu disediakan di fasiliti Kementerian Kesihatan untuk pesakit yang memerlukan, namun perlu preskripsi doktor untuk penggunaan yang rasional.
- Cadangan kerjasama strategik dengan klinik swasta untuk meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan perlu dipertimbangkan dengan teliti dan dimuktamadkan sebagai dasar rasmi di peringkat KKM.
"Bagaimanapun, ubat ini adalah ubat terkawal dan bukan untuk semua pesakit kerana 80 hingga 90 peratus kes influenza adalah ringan dan boleh sembuh dengan sendiri dengan pengambilan ubat ini memerlukan preskripsi doktor untuk memastikan penggunaan yang rasional serta mengelakkan kerintangan antiviral," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.
Ngwe menjawab soalan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan bebanan keluarga B40 mendapatkan rawatan berkaitan influenza.
Ngwe berkata cadangan untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama klinik swasta dilihat sebagai satu opsyen yang wajar untuk dipertimbang bagi mempertingkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan menyeluruh.
Beliau berkata bagaimanapun program kolaborasi berkenaan perlu diteliti dan dimuktamadkan sebagai dasar atau polisi rasmi di peringkat KKM.
"Untuk makluman, polisi utama KKM berhubung pengurusan influenza adalah fokus kepada saringan, rawatan dan vaksinasi.
"Semua perkhidmatan kritikal ini, termasuk saringan klinikal, rawatan ubat antiviral dan vaksinasi bagi kumpulan sasaran KKM boleh diakses sepenuhnya di fasiliti kesihatan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


