KUALA LUMPUR:Malaysia hanya akan selamat daripada pandemik COVID-19 jika penduduk termasuk bukan warganegara yang menetap di negara ini telah menerima vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata walaupun rakyat negara ini telah menerima vaksin kelak namun ia tidak bermakna mereka telah selamat kerana Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta warga asing yang berkemungkinan menyebabkan virus itu merebak dan menjangkiti penduduk Malaysia.
"Kerana itulah ini (pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara) perlu dilakukan kerana kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat.
"Dalam sains vaksin, jika dapat lebih ramai penerima vaksin, barulah kita selamat dan virus tidak menjangkiti orang lain.
"Oleh kerana itu, kita sasar 80 peratus penduduk untuk wujudkan imuniti kelompok dan membentuk antibodi yang cukup ramai sehingga virus tidak menjangkiti orang di negara ini.
"Kalau kita (warga tempatan) sahaja yang terima, kita sendiri tidak selamat kerana mungkin mereka (bukan warganegara) boleh menjangkiti kita atau virus masih boleh merebak dalam kalangan warga asing. Kerana itu pentingnya kita lindungi semua orang. Ini adalah keputusan tepat demi kemanusiaan," katanya.
Khairy, yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi bertajuk 'Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19.'
Kerajaan semalam dilaporkan bersetuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang akan bermula pada akhir bulan Februari, bakal membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia namun keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara terlebih dahulu selain maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak.
Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.
Khairy, yang ditemu bual dalam program itu menerusi Skype, turut menjelaskan pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara merupakan pendirian kerajaan yang mengharapkan negara lain akan membuat keputusan timbal balik dan membantu rakyat Malaysia di negara mereka.
Beliau juga memperjelas dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin COVID-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran.
Menurutnya, ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program imunisasi vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik sahaja vaksin diterima akhir bulan ini.
"Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan selama ini mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari.
"Indonesia dapat awal iaitu vaksin Sinovac kerana mereka adalah tempat ujian, sudah tentu mereka didahulukan (pengeluar). Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech dan kerana itu, mereka mendapat keutamaan.
"Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat membuat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan. Ada negara yang program imunisasi agak lembab dan kita pula merancang untuk selesaikan semuanya dalam tempoh 12 bulan," katanya.
Dalam program kira-kira sejam malam ini, Khairy turut berkongsi rutin harian beliau yang sentiasa berhubung dengan pengeluar vaksin agar mematuhi jadual seperti di dalam kontrak bagi memastikan tiada sekatan dan penghantaran akan sampai tepat pada masanya.
Pada 8 Jan lepas, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain Malaysia, 49 negara turut memberi kelulusan terhadap vaksin tersebut malah sudah ada sebahagian daripada negara itu mula menggunakannya.
Untuk rekod, vaksin Pfizer juga merupakan vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
Dalam pada itu, Khairy turut menasihati rakyat agar tidak ragu-ragu dan bimbang mengenai tahap keselamatan vaksin yang telah dibeli kerana ia telah disahkan bebas daripada sebarang bahan berkaitan haiwan.
Pada 4 Feb lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu. Fasa kedua dari April hingga Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Khairy turut menasihati rakyat agar tidak ragu-ragu dan bimbang mengenai tahap keselamatan vaksin yang telah dibeli kerana ia telah disahkan bebas daripada sebarang bahan berkaitan haiwan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.