KOTA KINABALU: Kajian berkenaan keberkesanan dan kesan sampingan vaksin COVID-19 telahpun dibuat sebelum membenarkan rakyat menerima suntikan tersebut.
Demikian antara pendapat beberapa individu di Kota Kinabalu, Sabah yang mahukan kemasukan vaksin tersebut dipercepatkan serta dilancarkan pelaksanaan program imunisasinya.
Bagi penjawat awam, Rozaiman Abdul Manap, 44, vaksin tersebut amat dinantikannya yang mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang bersama langkah pencegahan.
"Rasanya kalau vaksin ini dibuat lagi cepat lagi bagus sebab kita kena percaya pada kerajaan.
"Apa yang kerajaan dah buat sebenarnya baik dan kita dapat melindungi diri kita, keluarga dan keseluruhan rakyat kita serta (berharap) boleh balik kepada norma biasa.
"Mungkin ada sesetengah orang berpendapat dirinya tak perlu divaksinasi sebab mungkin dia dapat maklumat yang tidak betul di media sosial.
"Bila kerajaan dah buat, maknanya dia dah kaji dah. Fatwa pun sudah keluar dan kita harus ambil vaksin," katanya dalam tinjauan selepas ketibaan kumpulan vaksin pertama untuk Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
Bagi seorang pekerja swasta Nor Nazara Nick, 33, tiada paksaan kepada sesiapa yang tidak mahu menerima suntikan tersebut namun baginya ia adalah satu langkah pencegahan terbaik.
"Saya sangat mahukan suntikan vaksin itu sebab saya boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kita tidak boleh paksa orang untuk ambil suntikan tapi saya rasa semua orang perlu terima suntikan vaksin itu sebab ia seolah-olah jadi pendinding buat kita supaya terhindar dari penyakit," katanya.
Menurut seorang lagi pekerja swasta, Natalie Martina Idang, 33, dia tidak sabar menanti giliran suntikan kerana telah mendengar maklum balas yang baik dari rakan-rakan yang sudah menerima suntikan tersebut.
"Saya rasa gembira sebab akhirnya vaksin sampai ke Sabah.
"Saya tidak sabar mahu menerima suntikan sebab ada juga kawan-kawan saya yang di luar sana sudah terima vaksin dan mereka memberikan maklum balas yang positif," jelasnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Feb 25 2021

(Dari kiri) Nor Nazara, Rozaiman dan Natalie mewakili golongan yang tidak sabar untuk divaksinasi kerana percaya langkah itu adalah yang terbaik. - Astro AWANI

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
Secara dasar, pindaan itu dirancang untuk mengawal dari berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli rumah.

Program Sambung Yang Tergendala akan diperluas - Shahril Hamdan
Menurut Shahril, maklum balas tentang program berkenaan juga memberikan input yang baru terhadap kumpulan sasar dan sebagainya.

AWANI Ringkas: PH tetap sokong Anwar calon Perdana Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

385,251 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 - Dr Adham
Seramai 385,251 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam.

Olimpik Tokyo 2020: Sukarelawan jalani sesi latihan secara maya
Ini membuktikan pihak penganjur tidak mengambil ringan dengan situasi pandemik ketika ini dan tetap mencari alternatif terbaik dalam memastikan keselamatan semua pihak.

COVID-19: Kes meningkat, India berhadapan kekurangan bekalan vaksin
Pihak berkuasa di New Delhi dan di negeri Punjab serta Rajasthan pada Sabtu berkata, mereka tidak dapat meneruskan vaksinasi melainkan bekalan vaksin mencukupi.

Kes COVID-19 terus meningkat di Thailand, vaksin tambahan 1 juta dos tiba
Thailand mencatat 789 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini ialah 31, 658 dan 97 kematian.

PRN-12: Sarawak akan diberi keutamaan vaksin COVID-19 - Fadillah
Sarawak perlu diberi keutamaan dalam bekalan vaksin bagi elak peningkatan kes pasca PRN Sabah tahun lepas berulang.

Najib terima suntikan vaksin COVID-19 hari ini
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 di sebuah pusat kesihatan.

KSM setuju majikan beri cuti kepada pekerja untuk divaksin - Saravanan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju agar majikan memberikan cuti kepada pekerjanya untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19: Bank Dunia peruntuk ASD2 bilion untuk 40 negara
Ia sebahagian daripada keseluruhan ASD12 bilion peruntukan bagi pembangunan, pengedaran dan pengeluaran vaksin di negara pendapatan rendah dan sederhana.

Ucrest meterai MoU urus pengeluaran vaksin Sputnik V Rusia
Syarikat akan mengenal pasti, memperakui dan menguruskan pengeluar kontrak untuk menghasilkan vaksin COVID-19 untuk RDIF.

Vaksin COVID-19: Pentadbiran Biden umum bantuan tambahan di Michigan
Ini adalah sebagai tindakan adil dalam memastikan negara itu dapat mengedarkan vaksin secara sama rata.