awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia yang bermula daripada kelemahan dalaman negara yang berpanjangan
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM

Bernama
Bernama
07/01/2026
14:45 MYT
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan lima guru dan 19 staf Universiti Malaya (UM) yang mencabar pekeliling kerajaan mewajibkan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan lima guru dan 19 staf Universiti Malaya (UM) yang mencabar pekeliling kerajaan mewajibkan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu selepas mendapati rayuan mereka tidak mempunyai merit.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Ahmad Kamal berkata hujah perayu bahawa pekeliling tersebut bercela kerana tidak rasional, tidak munasabah atau tidak seimbang adalah tidak berasas.
Beliau berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan adalah bertujuan membendung penularan COVID-19 dan melindungi kesihatan awam.
Pandemik COVID-19, katanya, adalah krisis kesihatan global yang memerlukan usaha bersepadu pihak berkuasa termasuk vaksinasi bagi mengawal penularannya.
MAHKAMAH-VAKSINASI 2 PUTRAJAYA
Ahmad Kamal juga berkata Kementerian Kesihatan telah merekodkan lebih 2,000 kes sehari pada 2021 dan melaporkan lebih 19,000 kematian.
Mahkamah turut memerintahkan agar kerajaan dan pendaftar UM masing-masing dibayar kos sebanyak RM15,000.
Pada 27 Okt 2021, lima guru daripada sekolah berbeza di Terengganu, Kelantan, Melaka dan Selangor bersama-sama memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap enam responden iaitu Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.
Pada 29 Okt 2021, 19 staf UM telah memfailkan permohonan serupa dan menamakan Pendaftar UM, KPPA, Menteri Kesihatan serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Antara perintah yang dimohon ialah mahkamah membatalkan keputusan melaksanakan vaksinasi COVID-19 ke atas penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam pekeliling 2021 serta deklarasi bahawa mereka dan penjawat awam lain bebas untuk memilih sama ada mahu atau tidak menjalani vaksinasi COVID-19.
MAHKAMAH-VAKSINASI 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Pada 14 Dis 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman kedua-dua kumpulan sekali gus menyebabkan mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin dan Peguam Persekutuan Siti Norashikin Hassanor hadir bagi pihak kerajaan, peguam Muhammad Amin Anuar, Adrian Yeow, Nurul Zawawi Abd Rahim dan Nurazatul Farhana Shahrudin mewakili perayu.
Peguam Raja Eileen Soraya Raja Aman dan Melanie Lim pula mewakili pendaftar UM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#tolajk rayuan
#staf UM
#suntikan vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan