awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi COVID-19: 'Walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana PPV

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/05/2021
14:15 MYT
Vaksinasi COVID-19: 'Walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana PPV
CITF menggesa orang ramai agar tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan temu janji serta tidak perlu untuk berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menunggu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksin yang tidak digunakan oleh ketidakhadiran penerima berjadual.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, ia termasuklah di PPV AstraZeneca.
“Pemberian vaksin secara ‘walk-in’ sememangnya tidak dibenarkan di mana-mana PPV dengan harapan dapat mengelakkan kesesakan terutamanya ketika kes COVID-19 harian terus meningkat.
“Secara amnya, semua PPV akan mempunyai senarai individu daripada pangkalan data yang akan mereka hubungi melalui pesanan ringkas atau telefon.
“Individu yang dihubungi akan ditanya sama ada mereka berminat untuk mendapatkan vaksin dan sama ada mereka dapat hadir ke PPV pada hari yang sama,” jelas CITF.
Namun bagi PPV AZ pula, satu senarai menunggu, iaitu senarai nama mereka yang telah menempah slot menunggu sewaktu penempahan untuk suntikan vaksin AstraZeneca baru-baru ini telah digunakan sebagai asas.
Mereka yang dipilih di bawah senarai ini akan dimaklumkan melalui notifikasi di MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.
Oleh itu, CITF ingin menggesa orang ramai agar tidak hadir di PPV tanpa sebarang urusan dan temu janji serta tidak perlu untuk berlegar atau menunggu di PPV bagi mendapatkan vaksin tanpa janji temu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#AstraZeneca
#suntikan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#CITF
#walk-in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan