KUALA LUMPUR: Seramai 5,887 pelajar berumur 12 hingga 17 tahun di sekolah-sekolah di dalam kem Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dijangka diberikan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebagai permulaan, 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan dos pertama vaksin hari ini, manakala baki 675 lagi dijangka menerima suntikan mereka pada Khamis ini.
Vaksinasi bagi pelajar di empat lagi sekolah menengah di dalam kem ATM iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kem Terendak dan SMK Kem Terendak di Melaka, SMK Pangkalan TLDM, Lumut (Perak) serta SMK Tanjung Pengelih (Johor) akan dilaksanakan secara berperingkat di pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran.
"Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah rendah (SK) pula melibatkan 330 orang pelajar di SK Kem Kementah dan SK Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur juga dijangka dilakukan pada Khamis ini.
"Sementara itu, PICK Remaja untuk pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur akan dilaksanakan sebaik sahaja kesemua 504 pelajar kembali melaporkan diri pada 27 Sept ini," katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin selepas meninjau Program Vaksinasi Back To School di SMK Desa Tun Hussein Onn, di sini hari ini.
PICK Remaja yang bermula secara serentak di seluruh negara hari ini menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun divaksin untuk memastikan rakyat terus dilindungi dari wabak COVID-19 dan membentuk imuniti kelompok yang lebih kukuh.
Ditanya mengenai pendekatan yang bakal diambil Kementerian Pendidikan (KPM) sekiranya terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak mereka divaksin, Radzi berkata kementerian belum membuat sebarang ketetapan buat masa ini, sebaliknya ia bergantung kepada perkembangan PICK Remaja.
"PICK Remaja baharu kick-off (bermula) hari ini dan sebelum kita buat ketetapan, kita lihat dahulu apakah penerimaan ibu bapa serta keadaan program ini... dalam satu tempoh kita akan perincikan keputusan terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021
Sebagai permulaan, 255 pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Desa Tun Hussein Onn menerima suntikan dos pertama vaksin hari ini, manakala baki 675 lagi dijangka menerima suntikan mereka pada Khamis ini. - Gambar hiasan
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri
Hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin
Seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.
COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin
Sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi.
PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.
Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.
MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.
Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.
Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.