BANGKOK: Vanuatu, negara kepulauan di selatan Lautan Pasifik dijangka dibadai taufan Lola dalam tempoh 24 jam akan datang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jabatan Meteorologi dan Geo Hazard (VMGD) pada Selasa berkata ribut tropika diramal membadai pulau-pulau Toba, Sanma, Penama, Malampa dan Shefa, kesemuanya di bahagian utara pulau utama Efate.
Air Vanuatu telah membatalkan kesemua penerbangan dan kapal diarahkan kembali berlabuh di pelabuhan ekoran kebimbangan kemungkinan berlaku kejadian ribut seperti 'tsunami', menurut laporan Radio New Zealand.
Amaran merah dikeluarkan untuk kawasan yang terjejas dan sebilangan penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sebagai langkah berjaga-jaga.
VMGD juga menjangkakan hujan lebat boleh mencetuskan banjir kilat, terutama di kawasan berhampiran pantai, selain laut bergelora dan ombak kuat.
Vanuatu yang mempunyai kira-kira 80 pulau dilanda taufan antara November dan April setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Ribut tropika diramal membadai pulau-pulau Toba, Sanma, Penama, Malampa dan Shefa, kesemuanya di bahagian utara pulau utama Efate. - Gambar hiasan
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Gempa bumi 7.0 cetus amaran tsunami
Gegaran dilaporkan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 372 kilometer ke timur ibu negara New Caledonia, Noumea.
Australia beri amaran hasrat China bina pangkalan tentera di 'belakang rumah'
Kerajaan Australia memberi amaran kepada China yang negara itu menentang sebarang hasrat Beijing untuk membina satu pangkalan tentera tetap di negara kepulauan kecil Vanuatu.
China mahu bina pangkalan tentera di Vanuatu?
China telah menyuarakan hasrat kepada Vanuatu untuk mewujudkan ketenteraan tetap di pulau kecil Pasifik.
Gempa bumi di Pasifik Selatan, tsunami kecil dikesan
Satu tsunami kecil dikesan ketika gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda arah timur Loyalty Islands New Caledonia.