Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata, pihaknya masih memerlukan lebih banyak data maklumat berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Boon Chye berkata, langkah demikian wajar diambil memandangkan masalah pengunaan rokok elektronik dan vape dilihat semakin tidak terkawal di kalangan pelajar sekolah.
“Keputusan belum diputuskan sama ada e-cigaratte atau vape itu kita nak larang seratus peratus ataupun kita nak kenakan sekatan yang ketat dari segi penjualan ada nikotin atau penjualan tanpa nikotin.
“Jadi ini beberapa pilihan yang kita ada kaji melalui jawatankuasa khas tersebut di mana saya pengerusi dan keputusan akan dibuat sebaik sahaja kita ada maklumat yang selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.
Katanya lagi, keputusan mengenai perkara itu dijangka diketahui pada tahun depan, bergantung kepada pengumpulan data maklumat yang diperlukan.
Boon Chye berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini mengenai 50 NGO menandatangani memorandum, mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok elektronik atau vape demi kepentingan kesihatan masyarakat.
Laporan itu juga dipetik sebagai berkata pasaran dan penggunaan rokok elektronik secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan.
BACA: NGO gesa pengharaman vape secara menyeluruh
Ia termasuk ketagihan nikotin, kerana ramai pelajar terpedaya dengan mesej kesihatan yang salah, menyatakan rokok elektronik selamat digunakan.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Kesihatan akan membentangkan akta baharu berkaitan pengunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan sisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac depan.
Aida Aziz
Thu Oct 31 2019

Pasaran dan penggunaan rokok elektronik secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah dikatakan amat membimbangkan. - Gambar hiasan

Ayah M Nasir meninggal dunia di Singapura
Allahyarham Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat sakit tua di kediamannya sekitar pukul 7.30 pagi ini.

'Meno' luahan rindu Alena Murang pada kampung halaman
Lagu dalam bahasa Kelabit, 'Meno', menjadi buah tangan terbaharu gadis berbakat kelahiran Bumi Kenyalang ini buat peminatnya.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Ia harus berterusan dan berulang kali. Sebab itu kita harus memahami dan menghargai sejarah negara dalam konteks memerangi rasuah.

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

Bodek-membodek untuk dapatkan sesuatu patut dijadikan jenayah rasuah
Walaupun tidak melibatkan pemberian atau pertukaran barang tertentu untuk mendapatkan balasan, amalan bodek-membodek sedikit sebanyak mempunyai kesan yang buruk sama seperti jenayah rasuah.

Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu - Pakar undang-undang
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?

Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.

Influenza A: Tiada keperluan halang aktiviti sukan - Mahdzir
Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk S