awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
13/09/2021
11:35 MYT
Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera
KUCHING: Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lepas.
Jelas Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr David Perera berkata, kes dengan varian membimbangkan (VOC) itu meliputi 99 peratus daripada kes yang menjalani penjujukan genom oleh IHCM.
"Ini menunjukkan peningkatan daripada 82 peratus dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.
"Menerusi data itu, jelas menunjukkan varian Delta adalah varian dominan di Sarawak," katanya dalam laporan terbaru beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah pada Isnin.
Beliau berkata kesemua sampel yang diperoleh institut itu daripada kes-kes di Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Limbang, selain kes import A (warga asing yang masuk ke Sarawak) adalah positif varian tersebut.
Dalam pada itu, katanya, kes dari Bahagian Sibu dan Kapit mencatatkan 97 peratus (dengan varian Delta) sementara Bahagian Bintulu mencatat kadar pengesanan 98 peratus.
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#Sarawak
#Dr David Perera
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan