KUALA LUMPUR: Kemunculan varian Delta serta terdapat ramai individu yang tanpa gejala tidak menyedari telah dijangkiti dan boleh menyebarkan virus, menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di Greater Klang Valley (GKV).
Komander Pasukan Bertindak Khas GKV Datuk Dr Chong Chee Kheong menjelaskan meskipun kadar vaksinasi telah ditingkatkan, keberkesanan vaksin yang mengambil masa dua minggu selepas individu melengkapkan dos kedua, menyebabkan jumlah kes harian tetap tinggi pada masa ini.
"Jadi, vaksin ini memerlukan masa untuk bertindak balas dan melindungi individu tersebut, malah kemunculan varian Delta dalam komuniti yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kes.
"Tambahan pula, berdasarkan data dari negara-negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi, jangkitan virus ini masih boleh berlaku disebabkan oleh varian Delta walaupun terdapat pengurangan ketara pesakit yang dimasukkan ke hospital dan yang bergejala teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi membendung penularan COVID-19 di Greater Klang Valley, Dr Chong yang juga Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) berkata Pasukan Bertindak Khas GKV telah merangka beberapa langkah strategik bagi mengoptimumkan perkhidmatan perawatan, mengurangkan penularan serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada komuniti dan petugas kesihatan.
Antara langkah yang diambil adalah dengan mengukuhkan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) melalui pelaksanaan Virtual CAC kepada individu yang tidak bergejala dan bergejala ringan serta memperkukuhkan pengurusan pemantauan pesakit di rumah.
Selain itu, lebih banyak ujian RTK-Ag di klinik kesihatan dan kepada pengamal perubatan am melalui penjualan kit ujian kendiri yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diadakan.
Dr Chong turut menasihatkan individu yang berada di Greater Klang Valley dan mengalami gejala COVID-19, supaya menjalani ujian saringan serta melakukan pengasingan kendiri di kediaman sebaik disahkan positif dengan gejala ringan atau tanpa gelaja.
"Kami tidak mahu menyebabkan kesesakan di hospital dengan kes-kes ringan agar rawatan bagi pesakit yang lebih teruk dapat diutamakan. Kakitangan kesihatan akan menghubungi mereka yang 'red flagged' sebagai pesakit yang berisiko tinggi untuk tampil ke CAC ataupun hospital," katanya.
Beliau berkata susulan galakan penggunaan ujian kendiri (COVID-19 test kit) dan RTK-Ag kepada masyarakat, jumlah kes COVID-19 di kawasan berkenaan dijangka akan terus meningkat untuk beberapa hari akan datang.
"Tetapi jangan khuatir kerana kami cuba sedaya upaya untuk mengesan sebanyak mungkin kes positif bagi mengurangkan penularan wabak dalam komuniti kita. Dengan lebih banyak kes positif dan kontak rapat, mereka akan diasingkan dan dikuarantin, kes akan mula berkurangan dalam beberapa minggu," katanya.
Beliau berkata jika itu dapat dicapai, strategi ujian COVID-19 akan dapat disusun semula bagi memastikan pengesanan kes untuk pengasingan dan pemantauan lebih berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Beliau menjelaskan meskipun kadar vaksinasi telah ditingkatkan, keberkesanan vaksin yang mengambil masa dua minggu selepas individu melengkapkan dos kedua, menyebabkan jumlah kes harian tetap tinggi pada masa ini. - Gambar fail
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tiada varian Mu, Lambda dikesan di Malaysia setakat ini - Khairy
Ujian ke atas sampel di Malaysia yang menjalani aktiviti jujukan genom setakat ini dikenal pasti sebagai varian Delta.
Varian Delta COVID-19 dominan di Sarawak - Dr David Perera
Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lalu.
Varian Mu telah merebak ke 39 negara, ini apa yang diketahui setakat ini!
Varian Mu pertama kali dikesan di Colombia pada Januari 2021 itu dan masih diklasifikasikan sebagai 'variant of interest' (VOI).
Delta kini varian dominan di Sarawak
Varian Delta COVID-19 kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjangkiti penduduk di Sarawak.
COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.
Varian Delta: Pembiakan di hidung mungkin akibat perubahan biologi terhadap vaksin
Pembiakan varian Delta yang dikatakan merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca akibat perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.
COVID-19: KKM sahkan 43 lagi varian Delta, keseluruhan kini 467 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Sarawak catat kes varian Delta tertinggi di seluruh negara
Sarawak mencatatkan kes jangkitan varian Delta COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 272 kes dilaporkan.
COVID-19: Varian Delta kini strain dominan di Thailand
Varian Delta kini strain COVID-19 yang paling dominan di Thailand, menyumbang lebih 90 peratus jangkitan baharu sejak minggu lalu.
Parlimen: Lima sampel disahkan varian Delta - Dr Noor Hisham
Lima sampel kes positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen baru-baru ini disahkan adalah varian delta.