PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes harian COVID-19 akan terus meningkat untuk tempoh satu ke dua minggu akan datang, sebelum kembali stabil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini, beliau berkata, jangkaan itu disebabkan oleh peningkatan kes varian yang membimbangkan (VOC) termasuk varian Delta yang lebih mudah merebak.
Ujarnya lagi, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengenal pasti sebanyak 76 kes varian baharu virus SARS-CoV-2.
“Kita dimaklumkan varian Delta adalah dominan. Sebelum ni Beta yang merebak ke seluruh negara… setiap negeri ada terkesan, ada varian Beta. Tapi varian Delta ini merebak dengan cepat sekali.
“Kementerian telah mengunjurkan peningkatan kes bermula 3 Julai. Kini sudah memasuki seminggu, dan kita jangkakan ia akan terus meningkat dalam tempoh seminggu, dua, sebelum kembali stabil,” katanya dalam sidang media itu.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Sha’ari Ngadiman.
Sejumlah 11,079 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu sekali gus mencatat angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,263 diikuti Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, varian Delta mempunyai kadar kebolehjangkitan antara lima hingga lapan R-naught, yang membawa maksud setiap seratus individu yang dijangkiti varian tersebut, berkemungkinan menjangkiti sehingga 800 individu yang lain.
Atas sebab itu, Dr Noor Hisham berkata, langkah yang terbaik ialah mendapatkan perlindungan dalaman, iaitu segera mendapatkan vaksin, dan perlindungan luaran iaitu memakai topeng muka dengan betul, serta mengamalkan penjarakan sosial.
“Elakkan tempat yang sesak kerana jika terdapat individu dalam kalangan orang ramai yang positif, ia mampu merebak dengan amat pantas sekali,” katanya lagi.
Dr Noor Hisham berkata, kerajaan telah mencapai kadar ujian saringan sehingga 125,000 sehari, namun ia belum mencukupi.
Selain penggunaan ujian saringan RT-PCR dan RTK-Antigen, beliau berkata, kerajaan akan membincangkan tentang penggunaan RTK-Antigen air liur esok bagi mempercepatkan lagi proses saringan bersasar di seluruh negara.
Firdaus Azil
Tue Jul 13 2021
Jangkaan peningkatan kes disebabkan oleh varian yang membimbangkan (VOC) termasuk Delta yang lebih mudah merebak. - Gambar fail/ Bernama
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.