Polis tahan enam lelaki bergaduh di Jelutong

Semua lelaki tempatan berusia 25 hingga 28 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong di sini malam tadi, yang kejadiannya tular di media sosial.
Ringkasan AI
- Polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 28 tahun bagi siasatan pergaduhan di hadapan restoran di Jalan Lenggong, Jelutong malam sebelumnya.
- Kejadian dipercayai bermula dari pertikaian urusan jual beli kereta antara pihak yang terlibat.
- Empat suspek utama direman tiga hari manakala dua lagi direman sehari bagi siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Siasatan polis berjaya menahan enam lelaki itu, empat daripada mereka dipercayai suspek utama direman tiga hari sehingga 18 Dis manakala dua lagi direman sehari hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.
Terdahulu, tular video berdurasi 2.24 minit memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh termasuk ada yang menggunakan topi keledar untuk memukul antara satu sama lain di tepi jalan, malah turut merosakkan sebuah kereta dipercayai milik seorang daripada mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


