KUALA LUMPUR: Vaksin dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) merupakan dua cara terbaik bagi menghalang berlakunya mutasi virus.
Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, mutasi virus adalah proses semulajadi selepas berlakunya jangkitan dalam sel manusia.
Virus COVID-19 sudah beberapa kali bermutasi, namun varian Delta yang kini dominan di seluruh dunia merupakan yang paling berbahaya ketika ini dan mencetuskan kebimbangan.
"Mutasi berlaku semasa proses replikasi untuk menghasilkan virus baharu, yang berlaku selepas berlakunya jangkitan.
"Lebih banyak jangkitan, lebih banyak replikasi dan meningkatkan kemungkinan berlakunya mutasi.
"Tetapi dengan vaksin, ia akan memberi rintangan dan halangan kepada proses replikasi, sekali gus mengurangkan kemungkinan mutasi," katanya.
Jelas Dr Yahya, vaksin yang ada ketika ini semuanya berfungsi terhadap varian Delta, namun apa yang yang perlu difahami adalah tahap keberkesanannya.
"Apabila muncul varian baharu, bukanlah bermaksud vaksin yang ada terus tidak berkesan. Cuma, antibodi yang terhasil akan menghadapi masalah untuk berinteraksi atau mengenali virus.
"Untuk mengatasi masalah ini, kandungan atau kepekatan antibodi perlu ditingkatkan. Kerana itu ada beberapa syarikat pengeluar seperti Pfizer dan Sinovac membangunkan dos ketiga sebagai booster.
"Tetapi kita kena tahu beza penurunan antibodi dengan apa yang disebut sebagai immunological memory atau penghasilan memory B cell dan memory T cell.
"Kesemua vaksin yang kita ada sekarang mampu menghasilkannya dan inilah yang paling diperlukan untuk melawan jangkitan," katanya dalam sesi Wacana Sinar berjudul Varian Delta: Ancaman Sistem Negara, pada Khamis.
Beliau berpendapat, pilihan vaksin yang dimiliki negara ketika ini sudah cukup dan apa yang perlu kini ialah mewujudkan imuniti kelompok secepat mungkin.
"Kita sudah ada vaksin yang mencukupi. Apa yang penting sekarang ialah penglibatan orang ramai untuk mendapatkan vaksin.
"Kalau kita lihat sekarang, kadar jangkitan kita walaupun kadar pemberian vaksin juga tinggi.
"Jadi saya fikir kita kena lihat bukan pada angka jangkitan sahaja tetapi pada jumlah jangkitan, berapa ramai yang sudah divaksinasi dan berada dalam Kategori 1 atau 2.
"Ini kerana mereka yang sudah divaksin dan berada dalam dua kategori ini, kebarangkalian mereka untuk ke kategori lebih tinggi itu kecil.
"Secara tidak langsung ia akan mengurangkan beban sistem kesihatan dan itu yang kita mahu," ujarnya.
Dr Yahya juga merasakan negara bersedia untuk melaksanakan suntikan booster, namun ia tidak bermakna suntikan itu perlu dibuat dalam tempoh terdekat.
"Kerajaan telah memaklumkan yang bajet bagi perolehan suntikan booster ini akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan, jadi ini perkembangan baik.
"Kita tak perlu terburu-buru kerana vaksin yang ada sekarang berfungsi.
"Suntikan booster boleh dilaksanakan untuk meningkatkan antibodi, tetapi vaksin yang ada ini sudah boleh beri kita perlindungan yang diperlukan," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Aug 06 2021

Suntikan booster boleh dilaksanakan untuk meningkatkan antibodi tetapi vaksin yang ada sudah mampu memberi perlindungan yang diperlukan. -Foto/Bernama

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

10 Berita Pilihan - (27 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sarawak sedia bekalkan tenaga kepada Brunei
Kerajaan Sarawak bersedia membekalkan tenaga kepada Brunei bagi bantu negara itu mencapai sepuluh peratus penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui.

Pentadbiran kerajaan Melaka bakal berubah - Zahid
Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bakal selewat-lewatnya Jun ini ekoran kerajaan negeri belum membentuk kerajaan madani seperti di peringkat Pusat.

99% sampel penjujukan genom pada Mac-April ialah varian Omicron BA.2 - MOSTI
Maklumat berkenaan genom varian virus SARS-CoV-2 adalah amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus bagi mengawal dan membendung penularan varian-varian berkaitan.

Omicron akibatkan lebih banyak kematian berbanding varian Delta di AS
AS merekodkan kes jangkitan membabitkan varian Delta sebanyak 10,917,590 dengan 132,616 kematian untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Okt 2021.

Singapura jangka gelombang Omicron lebih besar berbanding Delta
Ketika kemuncak jangkitan Okt-Nov tahun lalu, Singapura mencatatkan kira-kira 3,000 kes Delta sehari.

COVID-19: Gejala pesakit dijangkiti varian Omicron setakat ini 'sangat ringan'
Seorang doktor Afrika Selatan yang merupakan antara yang pertama merawat pesakit yang dijangkiti varian Omicron berkata bahawa simptom akibat varian tersebut setakat ini ringan.

COVID-19: 48 kes baharu varian Delta dilapor hari ini - KP Kesihatan
Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes dikesan di Pulau Pinang, 12 di Pahang dan dua di Perlis.

COVID-19: 1,047 kes baharu varian Delta dikesan dari 29 Okt hingga hari ini - KP Kesihatan
Sebanyak 1,047 kes baharu yang membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta dikesan dari tempoh 29 Okt hingga hari ini.

780 VOC dikesan di Sarawak adalah varian Delta
Sebanyak 780 Varian membimbangkan (VOC) dikesan hasil penjujukan genom daripada 782 kes positif COVID-19.

COVID-19: Rusia lapor kes baharu dari varian yang lebih mudah menular
Varian baharu itu juga berkemungkinan akan menggantikan Delta, walaupun prosesnya mungkin mengambil masa.

COVID-19: KKM kesan 392 kes lagi varian membimbangkan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 384 melibatkan varian Delta dan lapan kes lagi varian Beta.

Terengganu rekod 42 kes Delta dan Beta sejak akhir Jun hingga semalam
Daripada jumlah itu, 33 kes adalah varian Delta (B.1.617.2) dan sembilan lagi kes varian Beta (B.1.351).