awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Serangan ke atas anak Rafizi: Hanya polis boleh tentukan NFA atau tidak - Saifuddin
Afrika Selatan isytihar Kuasa Usaha Israel sebagai ‘persona non grata’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
31/10/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Oktober 2025.
1. Ibu Zayn Rayyan dihukum penjara lima tahun
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira Abdul Manaf selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, dua tahun lalu.
2. Anwar temui CEO Nvidia berkenaan pembangunan AI di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk membincangkan mengenai pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.
3. Suami isteri ditahan, dadah hampir RM3 juta dirampas
Polis menahan sepasang suami isteri dan berjaya merampas sejumlah dadah bernilai hampir RM3 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taiping pada Rabu.
4. Mahkamah kecoh, "semoga kamu dilaknat!" - Jerit bapa Zayn Rayyan
"Semoga kamu dilaknat!" jerit suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari sebaik sahaja mahkamah memerintah tertuduh menjalani hukuman serta-merta.
5. Nvidia-YTL Power lakar pencapaian cemerlang kemajuan AI
Kerjasama dilihat sebagai pemangkin untuk mempercepatkan usaha AI Malaysia demi manfaat semua rakyat.
6. Wartawan berhak tanya, media perlu dihormati - Fahmi
Wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan.
7. SPM 2025 bermula 3 Nov hingga 23 Dis - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 membabitkan 413,372 calon akan bermula Isnin ini (3 Nov) hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
8. Semua badan pensijilan halal luar negara termasuk AS, tertakluk dengan sijil halal Malaysia
Mana-mana badan pensijilan halal luar negara termasuk dari Amerika Syarikat (AS), tertakluk sepenuhnya kepada prosedur keselamatan, aspek syariah, audit, kebersihan dan standard Sistem Pensijilan Halal Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd N
9. Kuala Lumpur tersenarai dalam UCCN, diiktiraf sebagai 'City of Design'
Selepas Kuching dan Ipoh, nama Malaysia terus harum di persada dunia apabila Bandaraya Kuala Lumpur kini secara rasmi diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai City of Design.
10. ART Malaysia-AS: Kritikan tidak berasas, pembohongan, bermotifkan politik - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan kedaulatan kepada Amerika Syarikat (AS) susulan meratifikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan