awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Venice terancam jika terus benarkan kapal persiaran berlabuh - UNESCO

Bernama
Bernama
22/06/2021
06:27 MYT
Venice terancam jika terus benarkan kapal persiaran berlabuh - UNESCO
UNESCO mahu meneliti cadangan untuk meletakkan Venice dalam senarai bandar raya terancam pada sidang pleno akan datang. - Gambar fail
ROM: Venice akan semakin terancam jika bandar raya itu tidak mengeluarkan arahan kekal melarang kapal persiaran berlabuh di kawasan itu, kata UNESCO pada Isnin.
UNESCO berkata, pihaknya akan meneliti cadangan untuk meletakkan Venice dalam senarai bandar raya terancam pada sidang pleno yang akan bermula 16 hingga 31 Julai, lapor ANSA.
Jika diluluskan kelak, kerajaan Itali perlu mengambil langkah segera menjelang Februari depan.
Larangan terhadap kapal persiaran telah dikeluarkan awal tahun ini tetapi kapal itu masih kembali ke Venice.
Desakan mengenai larangan itu sudah dibuat sejak sekian lama, kerana kapal persiaran yang memasuki Venice boleh menjejaskan keindahan bangunan bersejarah di bandar raya ini dan merosakkan keunikan ekosistem lagunnya.
Desakan semakin kuat selepas sebuah kapal persiaran merempuh tembok penghadang pada Jun 2019.
Pada 12 Mei, Dewan Rakyat meluluskan dekri melarang kapal persiaran berlabuh di Venice.
Menurut Menteri Kebudayaan Dario Franceschini keputusan kerajaan itu berjaya menghentikan kegiatan tersebut dan rancangan untuk kapal persiaran berlabuh di luar lagun Venice mesti disusun dan dilaksanakan.
Sejak Disember lalu pelabuhan perindustrian di bandar raya itu telah dijadikan kawasan berlabuh untuk kapal-kapal besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venice
#Itali
#Unesco
#kapal persiaran
#pelancongan
#ancaman
#warisan sejarah
#seni bina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan