Sekumpulan pemimpin veteran MCA mendesak presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya segera meletak jawatan memandangkan beliau perlu memikul sepenuh tanggungjawab terhadap kekalahan parti dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Mengakui bahawa mereka berasa sedih dan malu dengan pencapaian parti pada PRU13, kumpulan itu turut menggesa supaya pemilihan pemimpin baharu parti diadakan untuk menentukan halatuju parti, terutamanya berhubung isu perwakilan Cina dalam kerajaan.
Kumpulan 15 pemimpin veteran MCA itu terdiri daripada bekas presiden Tan Sri Lee San Choon dan Tan Koon Swan; bekas timbalan presiden Tan Sri Lim Ah Lek, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Michael Chen, bekas Menteri Kesihatan Tan Sri Lee Kim Sai dan bekas Ketua Pengarah Pentadbiran MCA Tan Sri Wong Seah Wah.
Selain itu bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang Tan Sri Dr Sak Cheng Lum, bekas Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin, Datuk Jimmy Lau, bekas anggota majlis presiden Datuk Fu Ah Kiow, Datuk Wong See Chin, Datuk Wong Kam Hong, Datuk Freddie Long, Datuk Seri Kee Yong Wee dan Wang Choon Wing.
"Kami dengan merendah diri meminta presiden kami supaya melepaskan jawatan dan membenarkan pemimpin baharu untuk melakukan perubahan, memulihkan dan memberi kesedaran kepada parti.
"Kami tidak ada agenda diri ataupun menentang Dr Chua secara peribadi. Kami hanya merayu demi kecintaan kami kepada parti dan komuniti," kata jurucakap kumpulan itu, Tan Koon Swan, dalam sidang akhbar bersama di sini hari ini.
MCA mengalami satu daripada kekalahan terburuknya dalam pilihan raya setelah sekadar memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya dalam pilihan raya umum 5 Mei, berkurangan lebih daripada separuh kerusi yang dimenangi parti itu pada 2008.
Sementara itu, dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2011, MCA meluluskan resolusi bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya pencapaiannya lebih buruk daripada pilihan raya umum ke-12.
Pada 2008, parti itu memenangi 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN, daripada sejumlah 130 kerusi yang ditandinginya.
"Hati saya hancur luluh ketika melihat berita tentang anggota parti yang menurunkan papan tanda di pusat khidmat mereka. Oleh itu beliau (Dr Chua) mesti melepaskan jawatannya segera dan biarlah jawatankuasa pusat menerusi perlembagaan parti memutuskan kepimpinan baharu dan usaha ke arah pemulihan semula parti.
"Biarlah pemimpin baharu parti memutuskan sama ada perlu atau tidak wakil MCA menerima jawatan dalam kerajaan," kata Lee.
Veteran parti itu turut menggesa anggota MCA supaya tidak meninggalkan parti di peringkat ini meskipun mengakui ramai anggota yang tidak mengundi parti itu pada PRU13.
"Kami merayu semua anggota supaya tidak meninggalkan parti, sebaliknya terus meletak kepercayaan kepada parti. Kami merayu mereka supaya kembali kepada parti, datanglah, kembali semula untuk mengubah dan memulihkan parti serta terus berkhidmat kepada komuniti.
"MCA sememangnya sebuah parti yang kuat, dengan sumber yang sangat banyak, melakar sejarah kejayaan yang membanggakan dan infrastruktur yang dibina kukuh. Kami dengan ini meminta semua anggota dan kaum Cina agar tidak hilang kepercayaan, sebaliknya kembali untuk membina semula, mengubah dan memulihkan semula parti," kata Tan.
Kepada soalan sama ada parti itu, yang beberapa tahun kebelakangan ini dicemari konflik dalaman dan luaran, dapat dipulihkan semula, Tan berkata beliau dan veteran lain menaruh harapan terhadap kemungkinan itu.
Meskipun keputusan PRU12 dan PRU13 menunjukkan majoriti kaum Cina meninggalkan parti itu, namun veteran berkenaan menegas MCA masih relevan kepada mereka dalam landskap politik hari ini yang sentiasa berubah.
Sementara itu, Lim berkata: "Jika kami merasakan MCA tidak relevan, kami tidak akan berada di sini.
"Apa yang paling penting adalah imej presiden mestilah boleh diterima. Saya sendiri turun padang untuk mendekati kaum Cina semasa berkempen bagi PRU13, itulah yang mereka mahu," katanya.
Beliau berkata imej adalah paling utama dan rakyat tidak akan mendengar cakap pemimpin yang imejnya tercemar dan lebih baik MCA diserahkan kepada pemimpin muda untuk membina semula parti itu.
Pemimpin veteran berkenaan turut mengakui kaum Cina kecewa dengan pelbagai isu termasuk rasuah, keselamatan dan keadilan, dan kegagalan MCA untuk menangani mereka dengan sewajarnya menjadi antara punca kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya lepas.
"Kami sedar mengapa kaum Cina meninggalkan MCA. Saya rasa kekecewaan kaum ini dipergunakan dengan sebaik-baiknya oleh pembangkang," kata Tan.
Sementara itu, Tan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang menghargai sumbangan kaum Cina kepada negara, oleh itu beliau percaya perdana menteri akan mempertimbangkan untuk melantik wakil Cina menganggotai Kabinetnya.
Kepada soalan lain, beliau berpendapat kepentingan kaum Cina dalam kerajaan lebih baik diwakili oleh kaum itu sendiri seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional sejak parti gabungan itu dibentuk.
"Setiap kaum di negara ini diwakili dengan baik dalam Barisan Nasional. Kita perlu berganding tangan bekerjasama demi kebaikan negara ini.
"Kami lihat tiada sebab untuk amalan ini diubah, ia amat berkesan kepada kami, dan ia akan terus berkesan bagi kita semua," katanya.
Bernama
Fri May 10 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.