awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/09/2020
11:09 MYT
'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi
Masidi berkata, Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun, 2020. - Gambar fail
Pengerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan Veveonah Mosibin tidak menipu dan sememangnya mengambil peperiksaan akhir secara dalam talian.
Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan itu berkata, beliau sendiri telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor dan Pengarah Asasi Sains UMS untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu.
Masidi berkata, Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun, 2020.
“Veveonah merupakan pelajar contoh dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat Ijazah, di UMS,” kata Masidi lagi menerusi akaun Twitter nya.
After meeting the TNC & Pengarah Pusat Asasi Sains, UMS today, I would like to confirm that student Veveonah Mosibin sat for her final semester exams (online) from 9/6 till 12/6/20. She was an exemplary student & has been offered to do Marine Science degree course in UMS.
— Masidi Manjun (@MasidiM) September 8, 2020
Veveonah, gadis kelahiran Sabah, sekali lagi menjadi perhatian apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa dalam sesi Dewan Rakyat bahawa rakaman video gadis itu memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet, bagi menjalani peperiksaan atas talian, hanyalah gimik semata-mata.
Namun, Ahli Parlimen Padang Besar itu mengaku beliau tersilap, tetapi bertegas maklumat itu diperolehi daripada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga merupakan wakil rakyat di kawasan Kudat.
BACA: Timbalan menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok
Dalam usaha mempertahankan dirinya, Abdul Rahim pula memuat naik catatan di Facebook, mengatakan Veveonah tidak lagi tinggal di kampung berkenaan, dan hanya mencipta kandungan untuk Youtube itu, semata-mata untuk publisiti.
BACA: Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim
BACA: "Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa" - Veveonah
Bagaimanapun catatan itu telah dipadam.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Bakri
#Facebook
#Malaysia
#Masidi Manjun
#Parlimen
#pelajar
#peperiksaan
#Sabah
#Sabah Memilih
#Twitter
#Veveonah
#Veveonah Mosibin
#video
#YouTube
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan