awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video ‘on-board’ Vettel memandu F2012

Astro Publication
Astro Publication
03/12/2014
06:12 MYT
Video ‘on-board’ Vettel memandu F2012
Bagi seorang peminat sukan bermotor – dalam kes ini khususnya Formula 1 – tidak banyak lagi visual yang lebih menarik daripada melihat video ‘on-board’ sebuah kereta F1 dipandu. Apatah lagi apabila ia dipandu oleh juara dunia 4 kali Sebastien Vettel buat pertama kali sewaktu sesi ujian awal pasukan Ferrari yang baharu disertainya. Tetapi kereta yang dilihat disini adalah jentera F2012 (kod kereta lumba F1 Ferrari tahun 2012), kerana mengikut peraturan sukan ini, ujian menggunakan kereta musim perlumbaan yang baharu sahaja berakhir atau yang bakal tiba hanya boleh dibuat pada sesi-sesi yang disahkan pihak FIA.
Ujian ini dilakukan di litar Fiorano di kilang Ferrari, Maranello. Selepas itu, Vettel telah bertemu dengan pengerusi baharu Ferrari, Sergio Marchionne, ketua pasukan Maurizio Arrivabene; di samping beberapa jurutera kanan termasuk James Allison selaku pengarah teknikal pasukan.
Walaupun tidak dapat memandu jentera F1 musim 2014 di atas litar, Vettel masih berkesempatan mencubanya secara ‘virtual’ menggunakan simulator. Di atas litar sebenar, Vettel melakukan hampir 100 pusingan di dalam F2012 itu.
Nota: Jentera F2012 ini dipandu oleh Alonso untuk memenangi pusingan F1 di Sepang di dalam keadaan cuaca berubah-ubah. Kereta ini kemudian menolong Alonso untuk memenangi 2 lagi perlumbaan pada musim 2012.
Topic Berkaitan
# Ferrari
# ujian
# Vettel
#F1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan