KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang melaungkan azan bukan berasal dari Malaysia.
Hasil semakan pihak itu mendapati, video berdurasi 2 minit 27 saat itu berasal dari luar negara dan ditularkan semula seolah-olah ia berlaku di Malaysia.
"Video sedemikian dilihat sebagai satu kandungan yang mengancam yang boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan oleh individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia.
"Orang ramai juga diminta untuk tidak menokok tambah kapsyen yang bersifat spekulatif dan provokatif dan diminta untuk menyalurkan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, MCMC berkata, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap mana-mana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574), yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa cakna, berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik sebarang kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti agama demi keharmonian dalam negara.
Afiezy Azaman
Sun Jan 15 2023

MCMC berkata, penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap manamana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

MCMC, Melaka bekerjasama perluas kesedaran, tingkat penggunaan e-tunai
Inisiatif itu bagi memacu peralihan kepada pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

Isu politik: Semak fakta melalui platform sahih - Fahmi
Fahmi Fadzil menyarankan orang ramai untuk membuat semakan fakta melalui platform disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kompaun lebih RM7 juta syarikat telekomunikasi gagal patuh standard kualiti perkhidmatan
MCMC mengeluarkan 170 kompaun bernilai RM7.47 juta sepanjang tempoh 2018 hingga 2022 kepada pemegang lesen syarikat telekomunikasi kerana gagal mematuhi standard kualiti perkhidmatan yang ditetapkan.

KDN rampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran di sekitar Lembah Klang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Boleh berkarya di media sosial, cuma jangan sentuh sensitiviti 3R - Fahmi
Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R.

Rakyat berpeluang lapor aduan terus
Pada 2022, MCMC telah menyelesaikan sejumlah 140,050 iaitu 96 peratus daripada aduan yang diterima.

Inisiatif JENDELA terima pengiktirafan antarabangsa dalam anugerah WSIS 2023
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan akhir pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sempena WSIS Forum 2023.

Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 206 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat laporan dikeluarkan Awesome TV.