awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular bendera Malaysia terbalik insiden tahun 2024 - Polis

Bernama
Bernama
10/08/2025
22:10 MYT
Video tular bendera Malaysia terbalik insiden tahun 2024 - Polis
Mohd Hafiz berkata isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik adalah perkara serius, kerana ia membabitkan simbol kedaulatan negara dan boleh dianggap sebagai tindakan tidak menghormati negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Video tular di media sosial memaparkan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di premis sebuah syarikat di Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, merupakan insiden tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu bagi tempoh beberapa hari lepas mendapati, bendera Malaysia dipasang dengan betul dan tidak seperti yang dipaparkan dalam video tular berkenaan.
"Insiden pada 2024 itu berlaku ketika pemasangan bendera Malaysia yang baharu dibeli, namun kesilapan telah diperbetulkan selepas disedari, walau bagaimanapun video tersebut telah dikongsi semula pada tahun ini di media sosial oleh sebuah akaun TikTok," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus projek di syarikat berkenaan, yang menafikan dakwaan dalam hantaran media sosial itu, pada petang Sabtu.
Mohd Hafiz berkata isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik adalah perkara serius, kerana ia membabitkan simbol kedaulatan negara dan boleh dianggap sebagai tindakan tidak menghormati negara, sama ada secara sengaja atau tidak.
"Polis menasihatkan orang ramai agar menggunakan platform medai sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah dan tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan yang berbaur fitnah," katanya.
Terdahulu, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok sejak tiga hari lepas itu tular dengan memaparkan bendera Malaysia dipasang secara terbalik pada tiang bendera yang terletak dalam premis sebuah syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#bendera terbalik
#fitnah
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan