awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular kemalangan: Polis sahkan anggota henti bantu mangsa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/07/2025
09:25 MYT
Video tular kemalangan: Polis sahkan anggota henti bantu mangsa
Polis mengesan satu rakaman berdurasi 17 saat yang tular. - Gambar/ Media sosial
SUBANG JAYA: Polis mengesahkan insiden kemalangan membabitkan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditunggang anggota trafik dan motosikal Honda ADV, di laluan Subang Kelana Jaya Link, di sini yang tular di media sosial sejak Khamis lalu.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan insiden kemalangan antara motosikal anggota trafik PDRM dan motosikal Honda ADV di Subang Kelana Jaya Link, yang tular melalui rakaman dashcam menunjukkan pergeseran semasa pertukaran lorong.
  • Siasatan mendapati anggota polis telah berhenti kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian untuk mengelak risiko kepada pengguna lain, sebelum membantu mangsa bersama orang awam dan membawanya ke Hospital Shah Alam.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mengesan saksi bebas; orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat trafik yang bertugas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata rakaman video kejadian itu dikesan dimuat naik di laman Facebook Dashcam Malaysia, kira-kira pukul 6.50 petang, Khamis.
Menurutnya, berdasarkan rakaman dashcam berkenaan, motosikal anggota polis terbabit dilihat mengubah laluan dari lorong kanan ke kiri sebelum bergesel dengan sebuah lagi motosikal.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal Honda ADV berusia 20 tahun terjatuh ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan , di sini pada Jumaat.
Menurut Wan Azlan, sekali imbas rakaman tersebut seolah-olah menunjukkan anggota polis tidak berhenti selepas insiden berlaku.
“Namun hasil siasatan lanjut mendapati anggota polis yang sedang menjalankan tugas rasmi itu sebenarnya telah memberhentikan motosikalnya kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian bagi mengelak risiko bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.
Tambahnya, anggota polis terbabit bersama orang awam kemudian membantu mangsa dan membawanya ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.
Wan Azlan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan yang dikendalikan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Polis Diraja Malaysia
#video tular
#kemalangan motosikal polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami