awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular kes buli pelajar di Tanah Merah kejadian lama - Polis

Bernama
Bernama
16/12/2021
08:49 MYT
Video tular kes buli pelajar di Tanah Merah kejadian lama - Polis
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kejadian itu disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan kes telah dituduh di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada 10 Feb lepas. - Gambar fail/BERNAMA
BACHOK: Polis Kelantan mengesahkan video memaparkan seorang pelajar dibuli tiga rakannya yang tular melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini adalah kejadian tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kejadian itu disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan kes telah dituduh di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada 10 Feb lepas.
"Kes diklasifikasi telah selesai dengan ketiga-tiga suspek telah mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM1,000," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan makanan dan wang tunai kepada 50 penerima pada Program Sumbangan Prihatin Majlis Jaksa Pendamai Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shafien berkata pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berkaitan kes buli yang berlaku di negeri ini.
Rabu lepas, tular satu video berdurasi 25 saat memaparkan kes pergaduhan beberapa pelajar di asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah.
Sementara itu, mengulas mengenai seorang wanita yang merayu bantuan mana-mana pihak untuk membawa pulang suaminya yang terkandas di Mataram, Lombok, Indonesia pada Mac lepas, Shafien berkata pihaknya ada menerima laporan wanita berkenaan.
Beliau berkata laporan dibuat wanita berkenaan adalah untuk rujukan kepada pihak kedutaan bagi mendapatkan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#buli pelajar
#Tular
#WhatsApp
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan