awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Masing gesa henti segera perkhidmatan bot ekspres

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
28/05/2021
12:29 MYT
Video tular: Masing gesa henti segera perkhidmatan bot ekspres
Gesaan Masing itu susulan tindakan masyarakat yang ingkar dan pulang ke kampung halaman di Kapit menggunakan perkhidmatan tersebut. - Gambar fail
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menggesa perkhidmatan bot ekspres di Sarawak dihentikan serta-merta.
Gesaan Masing itu susulan tindakan masyarakat yang ingkar dan pulang ke kampung halaman di Kapit menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tegas Masing, Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan harus mengambil tindakan terhadap pengusaha bot ekspres termasuk penumpang yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
"Tanpa penguatkuasaan kadar jangkitan COVID-19 di luar bandar termasuk Kapit akan naik secara mendadak," katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.
Sumber Facebook N64Baleh
Dalam video yang dimuat naik Masing dalam akaun Facebooknya, kelihatan orang ramai berpusu-pusu keluar masuk dari bot ekspres di jeti pelabuhan Kapit.
Perkara itu menimbulkan rasa bimbang ekoran kesesakan serta kegagalan pematuhan SOP.
Topic Berkaitan
#James Jemut Masing
#Timbalan Ketua Menteri
#Kapit
#agensi berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan