Video tular tohmah URB: PDRM dapatkan kerjasama Polri bantu siasatan

Shazeli (foto) berkata PDRM bekerjasama rapat dengan rakan strategik di Indonesia bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan khidmat wakil agensi itu di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi merakam keterangan pemain bola sepak Indonesia yang didakwa memburukkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam satu rakaman video yang tular menerusi media sosial.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan gunakan khidmat wakil agensi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta untuk merakam keterangan pemain bola sepak Indonesia yang didakwa memburukkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam rakaman video viral.
- Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, menyatakan PDRM bekerjasama rapat dengan rakan strategik di Indonesia bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
- 14 individu, kebanyakannya daripada NGO, ditahan berkaitan kekecohan kerja-kerja pengosongan dan perobohan kawasan perumahan di Kampung Papan, Pandamaran di Klang; mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan awal.
"Keterangan daripada pihak yang mendakwa sebagai pemain bola sepak tidak dapat direkodkan kerana dia telah kembali ke negara asal.
"Jadi, kita (PDRM) mungkin menggunakan wakil PDRM di Kedutaan Malaysia di Indonesia untuk membantu merakam keterangan pemain terbabit," katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Beliau mengulas perkembangan siasatan kes terkait video tular berhubung dakwaan seorang pemain bola sepak dari negara jiran yang menuduh anggota URB terbabit meminta wang ketika menjalankan tugas pemeriksaan sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan individu termasuk pemain kelab bola sepak Indonesia itu.
Ditanya bila rakaman keterangan itu akan diambil, Shazeli berkata perkara berkenaan sedang diuruskan dengan Polis Republik Indonesia (Polri) selaku rakan strategik PDRM.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata anggota URB itu membuat laporan polis pada 7 Nov lepas susulan kejadian berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Shazeli berkata sebanyak 14 individu yang sebahagian besar melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan berhubung kekecohan kerja-kerja pengosongan dan perobohan kawasan perumahan di Kampung Papan, Pandamaran di Klang dekat sini.
Beliau berkata tangkapan melibatkan 11 lelaki dan tiga wanita itu direkodkan setakat semalam, susulan laporan yang dibuat oleh pihak-pihak yang melaksanakan arahan perobohan tersebut.
"Tiada penghuni rumah terlibat. Majoriti yang ditangkap adalah daripada NGO namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan awal dijalankan," katanya menambah mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Sebelum ini, media melaporkan kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Papan bertukar tegang apabila terdapat individu yang mendakwa sebagai penduduk bertindak agresif membantah perobohan tersebut.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan pemain bola sepak Indonesia terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB)? A: PDRM akan menggunakan khidmat wakil agensi Malaysia di Jakarta untuk merakam keterangan pemain bola sepak Indonesia yang didakwa memburukkan anggota URB.
- Q: Mengapakah keterangan daripada pemain bola sepak tersebut tidak dapat direkodkan oleh pihak polis? A: Keterangan daripada pemain bola sepak tidak dapat direkodkan kerana beliau telah kembali ke negara asal.
- Q: Apakah kesan daripada kekecohan yang berlaku semasa kerja-kerja pengosongan dan perobohan kawasan perumahan di Kampung Papan, Pandamaran di Klang? A: Sebanyak 14 individu, kebanyakannya daripada NGO, ditahan berhubung kekecohan tersebut, namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan awal dijalankan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

