awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/06/2023
05:11 MYT
Vietnam kurang eksport beras, tidak jejaskan Malaysia - Mohamad Sabu
Mohamad berkata ketika ini keperluan beras dalam negara dipenuhi 70 peratus oleh pengeluaran tempatan, manakala 30 lagi ditampung melalui kemasukan beras import - Foto/fail
KUALA LUMPUR: Tindakan Vietnam mengurangkan eksport beras tidak akan menjejaskan sumber bekalan makanan itu di Malaysia.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ketika ini keperluan beras dalam negara dipenuhi 70 peratus oleh pengeluaran tempatan, manakala 30 lagi ditampung melalui kemasukan beras import.
"Kerajaan amat menyedari situasi global yang sedang berlaku pada masa ini, yang mana sekatan eksport oleh negara pengeluar beras tentunya akan menjejaskan keterjaminan bekalan makanan.
"Bagi Malaysia, sumber import beras adalah dari pelbagai sumber negara iaitu India, Myanmar, Kemboja, Pakistan dan Thailand, serta tidak hanya bergantung kepada Vietnam," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang meminta menyatakan langkah drastik yang perlu diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran beras tempatan, di samping memperkasakan tanaman padi di Sabah dan Sarawak susulan tindakan Vietnam yang mengambil langkah mengurangkan eksport beras.
Menjawab lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata antara langkah yang telah diambil bagi meningkatkan pengeluaran dan memperkasakan penanaman padi di dua negeri itu antaranya, melalui Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) yang diperkenal sejak 2015.
Jelas beliau, skim subsidi tersebut memberikan manfaat kepada hampir 60,000 pesawah padi bukit dengan purata keluasan lebih 50,000 hektar.
"Selain itu, melancarkan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Negeri Sabah dan menerbitkan manual dan buku padi bukit pada 2015 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak.
"Menerusi projek penyelidikan ini (2009 hingga 2012), penambahbaikan amalan tanaman sedia ada dan pengenalan beberapa teknologi penanaman telah dapat meningkatkan pengeluaran padi bukit melebihi 90 peratus berbanding dengan amalan biasa petani setempat," ujarnya.
Media melaporkan Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan eksport beras daripada 7.1 juta tan tahun lalu kepada empat juta tan setiap tahun menjelang 2030.
Vietnam adalah negara pengeksport beras ketiga terbesar dunia selepas India dan Thailand.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sumber beras negara
#Keselamatan makanan
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan