awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
07/07/2022
06:00 MYT
Viral wanita air buah: JHEAT lengkapkan siasatan
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tindakan seorang wanita berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh di sebuah kedai makan di Setiu. - Gambar media sosial
KUALA NERUS: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung tindakan seorang wanita berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh di sebuah kedai makan di Setiu.
Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, wanita yang berusia 30-an itu telah ditahan di premisnya pada Selasa bagi siasatan lanjut.
Menurut beliau, pihaknya juga sudah merakamkan keterangan suspek sebelum dia dibebaskan dengan bon jaminan.
"Kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan saksi-saksi yang tahu isu atau terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan lanjut.
"Kemudiannya, kita akan serahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk tindakan seterusnya sama ada berpakaian tak senonoh atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral serta sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penghayatan Sambutan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Nerus pada Khamis.
Kata M Rozi, sebelum ini wanita berkenaan telah dipanggil ke pejabat JHEAT untuk diambil tindakan dan diberi nasihat dan berjanji tidak mengulanginya, namun, masih melakukannya.
Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memaparkan beberapa pelanggan lelaki tanpa segan-silu memeluk seorang dengan pekerja wanita di sebuah kedai makan.
Perbuatan dan tindakan itu mengundang pelbagai kecaman dan kritikan pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
#wanita air buah
#Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
#kertas siasatan
#Jabatan Pendakwaan Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan