awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajah 4 beradik comel bersih, tidak terbakar - Ebit Lew

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2023
02:18 MYT
Wajah 4 beradik comel bersih, tidak terbakar - Ebit Lew
Jenazah empat beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor, di Muar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, malam tadi. - Foto Facebook Ebit Lew
MUAR: Wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Sabak Awor di sini pada Rabu dalam keadaan bersih tanpa kesan terbakar.
Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya pada malam Khamis berkata, cuma ada sedikit kesan calar pada wajah mereka.
"Adik kecil Puteri Aisyah 8 tahun, Mohd Hakim 6 tahun, Mustakim 4 tahun, Fatihah Aisyah 3 tahun. Kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
"Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas," katanya.
Tragedi pada jam 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.
Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat jam 8.15 malam Khamis di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini.
Ebit Lew yang turut hadir semasa pengebumian jenazah empat beradik itu mengakui tidak dapat menahan sebak dan menangis semasa berada di tanah perkuburan itu.
Beliau turut sebak melihat tangisan ibu bapa mangsa sepanjang urusan pengurusan jenazah di sini.
"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini," katanya.
Ebit Lew berkata, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barangan elektrik dan televisyen.
Katanya, wanita itu memaklumkan seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.
"Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar," katanya.
Ebit Lew pada masa sama merakamkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan petugas Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini yang memudahkan pengurusan jenazah keluarga berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#kebakaran
#empat beradik maut dalam kebakaran
#Kampung Sabak Awor Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan