KUALA LUMPUR:Cadangan pewujudan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu nyata mengundang reaksi berbeza daripada pelbagai pihak, lebih-lebih lagi tatkala negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Ada mencadangkan penambahbaikan sekiranya PLKN itu diperkenal semula, namun tidak kurang yang kurang bersetuju kerana berpendapat langkah memulihkan ekonomi negara perlu diberi keutamaan buat masa ini.
Untuk rekod, PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun, manakala purata perbelanjaan sebanyak RM600 juta setahun.
Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.
Mengulas isu itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil yang berkhidmat sejak 2007 hingga 2014 berkata, sekiranya diberi pilihan, sudah tentu pembangunan ekonomi perlu diberi keutamaan buat masa ini ketika negara menyaksikan kadar pengangguran yang tinggi akibat COVID-19.
Bagaimanapun, ujarnya PLKN tidak perlu ditinggalkan secara total memandangkan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) masih wujud dan buat permulaan, kerajaan mungkin boleh memikirkan perkara asas, kajian dan kesesuaian untuk menghidupkan semula program berkenaan tanpa menggunakan kos yang banyak.
"Kerajaan harus utamakan peluang ekonomi, peluang pekerjaan, pada masa sama PLKN boleh dihidupkan dengan kos minimum mengguna pakai kemudahan yang ada dan modul lama, tidak melibatkan perbelanjaan besar, guna kepakaran dan prasarana sedia ada sekiranya dana mencukupi," katanya.
Menyedari terdapat banyak kritikan terhadap pelaksanaan program itu yang dikatakan sebagai membazir dan kononnya tidak mencapai objektif utama, Abdul Hadi berkata PLKN sebenarnya masih sangat relevan buat masa ini terutamanya dalam memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan belia.
Malah katanya, menerusi kajian keberkesanan PLKN yang dijalankan ke atas 61,950 bekas pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat umum pada 2010 mendapati program itu berjaya memupuk semangat kesetiaan dan kecintaan kepada negara dengan pencapaian 83.86 peratus.
"Kalau kata PLKN tak berjaya, itu tak ada asas, orang yang sudah pergi sahaja yang tahu," katanya.
Selasa lepas, media melaporkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 memaklumkan pihaknya mencadangkan agar program yang dilihat mempunyai kesan baik ke atas semangat patriotisme itu diwujudkan semula.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Hasnul Haniff Harun berkata sekiranya ingin diwujudkan semula, PLKN perlu dijenama semula bagi memastikan objektifnya untuk memupuk semangat perpaduan dan patriotisme anak muda tercapai dengan menjadikan Rukun Negara sebagai asas latihan.
Modulnya haruslah banyak merujuk kepada PLKN 1.0 yang lebih memberi impak seperti aktiviti fizikal, dan silang budaya, menitikberatkan nilai ketimuran serta mungkin boleh dipanjangkan kepada enam bulan agar boleh dilaksanakan dengan lebih baik dan tertib.
Namun katanya, keutamaan pada ketika ini harus diberikan kepada strategi berhadapan dengan COVID-19 terutamanya dalam aspek pemulihan ekonomi negara, lebih-lebih lagi ketika negara menyaksikan hampir 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik itu.
Menyifatkan PLKN sebagai satu pelaburan jangka panjang dalam melahirkan belia yang menjadi pemangkin perpaduan negara, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Alif Anas Md Noor berkata program pembangunan sahsiah dan jati diri seumpama itu perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan Rukun Negara perlu dijadikan idealisme utama terhadap modul-modul yang ingin diperkenalkan kelak.
Bagaimanapun, beliau meminta pihak berkaitan mengkaji terlebih dahulu kesesuaian cadangan tarikh dan masa pelaksanaan memandangkan penularan pandemik COVID-19 ketika ini dan paling penting sekiranya program ini ingin dijalankan secara serentak di seluruh negara, penilaian risiko hendaklah dijalankan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Pekerja swasta, Siti Sarah Hassan, 30, berkata walaupun PLKN mampu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta selain menjadi mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja, kerajaan perlu melihat kewajaran untuk mewujudkannya kembali di saat negara masih dilanda pandemik COVID-19.
"Pelaksanaan program itu sudah pasti menelan belanja yang besar dan ia sepatutnya digunakan untuk menangani kesan penularan COVID-19 contohnya dalam meningkatkan ekonomi negara dan membantu golongan yang terkesan," katanya.
Bagi bekas jurulatih PLKN Siti Nurwani Mat Rais, 38, yang berkhidmat selama 10 tahun di tiga kem PLKN, cadangan pewujudan semula program itu adalah amat wajar terutama sekali dalam memupuk nilai patriotisme dalam diri remaja.
Siti Nurwani, yang berkhidmat kali terakhir di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling, Hulu Selangor berkata program PLKN sebelum ini turut dijadikan panduan kepada beberapa negara untuk program pembangunan remaja mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.
COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.
Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.
Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.
Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.
Pengisian program PLKN akan disusun semula - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan dengan kerjasama KBS sedang menyusun semula modul PLKN untuk tujuan penambahbaikan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.