awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM

Bernama
Bernama
01/05/2023
22:30 MYT
Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
KUMARARAJAH: Selagi kita tidak memasukkan produktiviti ke dalam sistem gaji kita, syarikat masih akan mementingkan hanya keuntungan dan seterusnya akan mengekalkan gaji yang lebih rendah. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji untuk mewajibkan pelaksanaan Sistem upah yang dikaitkan dengan produktivti (PLWS) di negara ini bagi memastikan pampasan yang adil kepada pekerja.
Ahli majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) Datuk Dr AT Kumararajah berkata gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah supaya aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tercapai.
"Kita bercita-cita untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kita sudah berada di situ pada peringkat berpendapatan sederhana atau berpendapatan sederhana tinggi...satu cara untuk mencapainya ialah dengan melaksanakan sistem gaji berkaitan produktiviti.
"...selagi kita tidak memasukkan produktiviti ke dalam sistem gaji kita, syarikat masih akan mementingkan hanya keuntungan dan seterusnya akan mengekalkan gaji yang lebih rendah dan saya fikir kerajaan harus mewajibkannya," katanya yang menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara terbitan Bernama TV, The Brief pada Isnin.
Beliau menjawab soalan mengenai isu paling mendesak yang dihadapi pekerja sempena sambutan Hari Pekerja semalam yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI.
Sementara itu, mengulas mengenai tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Mohd Effendy Abdul Ghani berkata ia menunjukkan betapa pentingnya pekerja dalam menyumbang kepada pembangunan bukan sahaja organisasi mereka tetapi juga kepada ekonomi negara.
"Seperti yang kita ketahui, konsep Malaysia MADANI, memberi tumpuan terutamanya kepada tadbir urus yang baik, pembangunan mampan dan keharmonian kaum di negara ini, dan enam rukun utama iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
"Ini boleh diterjemahkan oleh majikan untuk memastikan kesejahteraan, kebajikan dan kepentingan pekerja, di mana pekerja adalah aset kepada syarikat serta membantu meningkatkan ekonomi negara," katanya dalam program tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara berpendapatan tinggi
#Hari Pekerja
#upah berkait produktiviti
#NCCIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan