ENTERTAINMENT
Wakanda Forever! Montaj khas Black Panther hadiah Disney buat Chadwick Boseman

The Walt Disney Co meraikan ulang tahun kelahiran mendiang Chadwick Boseman dengan mempamerkan montaj Black Panther. -Gambar fail
THE Walt Disney Co meraikan ulang tahun kelahiran mendiang Chadwick Boseman dengan montaj khas Black Panther.
Pada Ahad, Pengerusi Eksekutif Syarikat Walt Disney, Bob Iger mengajak semua peminat filem adi wira itu untuk menontonnya di Disney Plus sebagai tanda penghormatan kepada Chadwick yang memegang watak utama sebagai King T'Challa atau Black Panther dalam filem itu.
"Kepada semua peminat #BlackPanther, tonton filem di #DisneyPlus lewat malam ini, untuk penghormatan khas kepada seseorang yang pernah dan akan selalu dekat di hati kita," kata ketua Disney, Bob Iger.
Bukan sahaja mempamerkan visual menarik dalam montaj tersebut, malah Marvel turut mengubah logo Marvel kepada warna ungu.
Video yang berdurasi 30 saat itu juga telah dimuat naik di akaun sosial Marvel Studio.
meninggal dunia akibat kanser usus pada 28 Ogos yang lalu.
Boseman, bintang utama filem itu Dalam pada itu, Marvel dilapor sedang mempersiapkan Black Panther 2 yang kini dalam pembikinan.
Selain Boseman, filem Black Panther turut dijayakan oleh Letitia Wright, Lupita Nyong'o, Winston Duke dan Angela Bassett.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami