BATU PAHAT: Walau siapapun yang dipilih sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini, masyarakat Orang Asli di kawasan itu amat berharap mereka tidak terpinggir daripada sebarang rancangan pembangunan.
Wakil masyarakat Orang Asli, Ahmad Karim, 75, berkata masyarakat Orang Asli di kampungnya kebanyakannya menerima siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Negeri Johor, asalkan mereka tidak melupakan masyarakat Orang Asli di Senggarang.
Ahmad yang sudah 10 tahun menjadi Ketua Kampung Desa Banang berkata aktiviti nelayan merupakan antara sumber pendapatan majoriti masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.
Namun, apa yang menyedihkan tiada jeti yang disediakan sebagai kemudahan nelayan di Kampung Desa Banang walaupun hampir 10 tahun dimohon oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Batu Pahat.
"Isu ni sudah lama dibentangkan dalam mesyuarat Persatuan Nelayan, kami tak minta lebih pun, hanya jeti untuk memudahkan kami mencari makan. Kami agak kecewa, sebagai anak tempatan tak ada jeti, sedangkan pengkalan Daerah Batu Pahat semua ada jeti. Seolah-olah kami dipinggirkan," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Pada masa sama, Ahmad turut berharap bakal wakil rakyat DUN tersebut dapat menyelesaikan masalah banjir yang dikatakan hampir setiap bulan melanda kampung kecil itu.
Katanya Januari lepas kebanyakan penduduk kampung terbabit berhadapan kerugian besar kerana banjir berpunca daripada air pasang yang menenggelami Kampung Desa Banang.
"Kalau di pantai timur setiap tahun banjir, tapi kampung kami setiap bulan banjir. Kalau pantai air pasang habis banjir masuk rumah sampai bilik, awal tahun ini paling banyak kerugian," katanya.
Sementara itu, penduduk Orang Asli di Kampung Sri Pantai di sini berharap pemimpin negeri Johor dapat memberi peruntukan nelayan tradisional di kampung berkenaan selain menjaga infrastruktur kuala sungai di kawasan tersebut.
Ketua Kampung itu Ayub Amran, 50, berkata 70 peratus daripada penduduk kampung berkenaan merupakan nelayan tradisional yang masih menggunakan cara penangkapan ikan yang lama dan menyukarkan mereka untuk mencari sumber pendapatan.
"Di harap pemimpin DUN ini bantu dari segi peruntukan peralatan nelayan yang lebih moden dan menjaga infrastruktur seperti kuala sungai, kerana kalau terlalu cetek sukar untuk nelayan keluar tangkap ikan, kalau dibiarkan ia akan tertutup," katanya, sambil menambah penduduk kampung berkenaan turut menghadapi masalah banjir yang berpunca daripada sistem perparitan dan saliran yang tidak sistematik.
Pada PRN Johor kali ini, kerusi DUN Senggarang menyaksikan saingan lima penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Faizi Ahmad Kamil, Mohd Yusla Ismail mewakili Barisan Nasional (BN), Abd Hamid Jamah daripada Pakatan Harapan, calon parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Zalihah Jaffar dan calon Bebas Baharudin Abdullah
Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian awal berlangsung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Masyarakat Orang Asli di Senggarang menerima siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Negeri Johor, asalkan mereka tidak melupakan masyarakat Orang Asli. - YouTube/Mohd Zubir
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
MB Perak umum BKK Raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri, ketua kampung
Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.
Lantikan ahli majlis PBT, ketua kampung akan diselesaikan segera - Saarani
Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
PM Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana.
Wakil rakyat jangan pinggirkan kami - Ketua Kampung Orang Asli
Terima siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Negeri Johor, asalkan mereka tidak melupakan masyarakat Orang Asli di Senggarang.
Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin
Seramai 400 penduduk Kampung Lonek telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini dengan menerima suntikan dos pertama vaksin.
Kerajaan Sabah arah semua ketua kampung pantau, kawal COVID-19
Arahan itu selaras kuasa diberikan kepada ketua kampung, di bawah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar [Sabah Bab 132] (OPLB) demi membendung penularan COVID-19 di Sabah.
Tok Batin kumpulan pertama penerima vaksin di kalangan Orang Asli Perak
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, mereka perlu menjadi contoh untuk meyakinkan anak-anak buah masing-masing.
Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji
Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.