awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat Pahang disaman polis kerana kesalahan trafik

Amirah Nordin
Amirah Nordin
07/02/2023
12:49 MYT
Wakil rakyat Pahang disaman polis kerana kesalahan trafik
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen diberi notis saman berhubung pelanggaran undang-undang jalan raya di bandar ini baru-baru ini.
BENTONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen diberi notis saman berhubung pelanggaran undang-undang jalan raya di bandar ini baru-baru ini.
Notis saman itu dikeluarkan oleh polis cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong berikutan tular di laman sosial Facebook mempertikaikan perbuatan wakil rakyat tersebut.
Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, Pegawai Penyiasat Trafik, IPD Bentong telah hadir ke Pejabat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri Bilut dan telah mengeluarkan notis saman PDRM 257 kepada Lee Chin Chen pada jam 3.30 petang, hari ini.
"Saman ini di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Kita telah telah mengambil tindakan ke atas wakil rakyat ini sepertimana yang tular di sebuah laman sosial baru-baru ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Tambah Zaiham, beliau berharap dengan penyampaian notis saman itu menunjukkan orang ramai tidak kira status tetap diberi saman kerana melanggar peraturan jalan raya.
"Perasaan kecewa bersabit kejadian itu oleh warga net telah terjawab kerana individu berkenaan sesuka hati boleh melanggar undang-undang jalan raya di sebuah lokasi bandar Bentong," katanya.
Topic Berkaitan
#Wakil rakyat Pahang disaman
#ADUN Bilut
#Lee Chin Chen
#Ketua Polis Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan