Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.
"Kami (WHO dan orang ramai) boleh melihat semua maklumat, dan maklumat itu dikeluarkan dengan pantas di media sosial serta laman sesawang kementerian kesihatan, jadi saya rasa mereka telah melakukannya dengan baik sekali.
"WHO juga sentiasa berhubung dan berkongsi maklumat (dengan pihak berkuasa Malaysia), seperti garis panduan terkini... mereka meminta (garis panduan dalam menangani koronavirus) dan menggunakannya. (Secara keseluruhan) mereka begitu bersedia, berani dan rajin," katanya kepada Bernama selepas muncul dalam program Bernama TV di sini hari ini.
Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan dua kes baharu koronavirus daripada rakyat Malaysia yang dibawa pulang semalam dari bandar Wuhan di China yang teruk dilanda wabak koronavirus.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
BACA: Dua beranak warga Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan positif koronavirus
Pengumuman terkini itu menjadikan kes terkumpul koronavirus di Malaysia ialah 12.
Sementara itu, Dr Lo menasihati rakyat Malaysia yang mengalami gejala penyakit pernafasan seperti batuk, bersin atau sesak nafas agar segera mendapatkan nasihat perubatan.
"(Orang ramai yang mempunyai gejala ini) juga perlu mendedahkan sejarah perjalanan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa perubatan menentukan sama ada anda berisiko menerusi satu ujian diagnostik.
"Tetapi saya rasa apa yang lebih penting adalah untuk mengingatkan semua orang bahawa mereka boleh melakukan sesuatu untuk mencegah jangkitan virus ini seperti mencuci tangan dan memakai topeng muka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020

Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru. - Foto BERNAMA

Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Rundingan damai di selatan Thailand tetap diteruskan walaupun kerajaan bertukar
Rundingan damai di selatan Thailand adalah agenda nasional dan ia akan diteruskan meskipun kerajaan bertukar.

Pengawal sempadan Taliban, Iran bertempur di sempadan Afghanistan - Laporan
Pasukan Taliban bertempur dengan pengawal sempadan Iran di sempadan Iran-Afghanistan pada Sabtu.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.

Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.

Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam
Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Ahli Majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi
Ahli majlis yang dilantik PBT digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

MABA hanya benar seorang pemain naturalisasi di Sukan SEA Malaysia 2027
Hanya seorang pemain naturalisasi akan dibenarkan bagi setiap pasukan bola keranjang wanita di Sukan SEA Malaysia 2027.

MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.

Kota purba Kashgar tawar keaslian, keunikan, ketenangan
Ibarat dibawa belayar ke dalam filem Aladdin, Prince of Persia atau Ali Baba Bujang Lapok, itulah yang boleh digambarkan oleh penulis.

Gelombang baharu COVID-19 di China, jangkitan dijangka cecah 65 juta kes seminggu
Jangkitan COVID-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lepas ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat.

Presiden Xi seru dunia bina tamadun multipolar
Xi berkata mematuhi multilateralisme yang sebenar di samping mendorong pembangunan serantau yang terselaras adalah konsensus bersama masyarakat antarabangsa.

Potensi kemasukan pelajar dari China meriahkan sektor pendidikan - MPN
Potensi kemasukan pelajar dari negara China untuk memeriahkan sektor pendidikan di negara ini dilihat sangat besar.

Semua MoU antara syarikat Malaysia, China dinilai telus, komprehensif - Tengku Zafrul
Semua MoU yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China baru-baru ini akan dinilai secara telus dan komprehensif oleh Jawatankuasa Penilaian MoU.

Panda gergasi Lin Hui mati akibat darah beku disebabkan faktor usia
Lin Hui juga mengalami pendarahan di hidung akibat tumor.

Institusi TVET perlu rebut peluang BRI dengan China - PKPB
PKPB juga menaruh harapan akan lebih ramai belia berkemahiran termasuk tenaga pengajar merebut peluang mendapatkan peningkatan latihan di China.

AS lulus RUU syaratkan analisis antara agensi pendedahan ekonomi kepada China
Dewan Perwakilan AS meluluskan undang-undang yang memerlukan Jabatan Perbendaharaan mengetuai analisis antara agensi mengenai pendedahan ekonomi negara itu kepada sektor kewangan China.

Kerjasama LBS dan syarikat dari China, buka laluan pelaburan ke Malaysia
Hubungan baik dengan delegasi dan pemain industri utama dari China dilihat mampu membuka peluang kerjasama serta menarik pelaburan asing masuk ke dalam negara.

Johari dakwa ada syarikat tiada 'track record' meterai MoU dengan China
Johari juga bertanya mengenai langkah MITI bagi memastikan komitmen pelaburan RM170 bilion itu dapat memberi manfaat kepada rakyat.