Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi kerajaan persekutuan seluruh negara akan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB).
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) pada Rabu, WBF memberi fleksibiliti kepada pegawai untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
Menurut pekeliling itu, tempoh waktu masuk kerja akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi semua negeri.
Tempoh waktu pulang kerja pula adalah antara 4.30 petang hingga 6 petang, kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu antara 3 petang hingga 4.30 petang.
"Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi boleh menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang," menurut pekeliling itu.
Bagaimanapun, bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan kaunter, ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.
Selaras dengan pelaksanaan WBF, pekeliling itu menyatakan kerajaan juga memberi fleksibiliti kepada pegawai dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit dalam bulan Ramadan bagi membenarkan pegawai meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal.
Menurutnya, pegawai boleh memilih untuk mengurangkan waktu rehat sebanyak 30 minit berdasarkan WBF bulan Ramadan, tertakluk kepada kelulusan ketua jabatan.
"WBF diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan yang sebelum ini mengguna pakai WBB," kata pekeliling itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2019
Menurut pekeliling itu, tempoh waktu masuk kerja akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi bagi semua negeri. - Gambar hiasan/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Waktu bekerja fleksi agensi kerajaan persekutuan bermula 1 Ogos
Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi kerajaan persekutuan seluruh negara akan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan.