awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan - Zulkifli
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waktu perkhidmatan stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena Piala Malaysia

Bernama
Bernama
01/11/2019
05:01 MYT
Waktu perkhidmatan stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena Piala Malaysia
Orang ramai disaran menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke stadium selain menggunakan kad Touch N' Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal. - Gambar hiasan
Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatan sehingga pukul 1.00 pagi di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil pada esok hari.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat pengendali sistem rel transit bandar dan bas henti-henti itu berkata stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.
Tiga laluan bas Rapid KL akan turut dilanjutkan perkhidmatan dengan bas terakhir berlepas pada 1.00 pagi.
Ia meliputi laluan 652 dari Stesen LRT Awan Besar ke Batu 3 Jalan Klang Lama; laluan T580 (dari Stesen LRT Awan Besar ke Technology Park Malaysia melalui Stesen LRT Bukit Jalil); dan laluan T582 (dari Stesen LRT Awan Besar ke LRT Salak Selatan melalui Bukit Jalil.
Orang ramai disaran menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk ke stadium selain menggunakan kad Touch N' Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas
#Bukit Jalil
#LRT
#pengangkutan awam
#perlawanan akhir
#Piala Malaysia
#Stadium Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan