KUALA LUMPUR: Wall’s Malaysia dengan kerjasama GrabFood menyasarkan kutipan dan pembelian topi keledar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM100,000 menerusi kempen “Wall’s Bersama Riders”.

Pengarah Pemasaran Kategori Makanan & Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, kempen tersebut merupakan usaha pihaknya menyebarkan kebaikan dan memastikan keselamatan para penghantar makanan semasa melakukan penghantaran.

“Sebagai salah satu jenama yang paling digemari di dunia, tiada cara lebih baik untuk ‘Menikmati Kegembiraan Bersama’ selain daripada membantu mereka yang mengharungi kesukaran demi mengukir senyuman di wajah kita.

“Kali ini, kami mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menghidupkan semangat kemasyarakatan di samping menjaga keselamatan penunggang penghantar makanan Grab,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia boleh menyertai kempen tersebut dengan setiap pembelian aiskrim Wall’s bernilai RM30 ke atas dari GrabFood dan RM5 akan disalurkan ke dana diperlukan untuk membeli topi keledar berkenaan.

Sementara itu, pelanggan juga berpeluang menerima baucar aiskrim bernilai RM50 daripada Wall’s Malaysia apabila berkongsi kenangan gambar bersama penghantar makanan Grab di Instagram.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi Instagram Wall’s Malaysia di Malaysia di https://www.instagram.com/wallsmalaysia/ atau Facebook di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.