Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Beliau berkata kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.
"Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada 'tongkat sakti', tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya)...ia tidak berfungsi seperti itu...ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.
"Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki keadaan yang runcing dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi," katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis, di sini, pada Ahad.
Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.
Pada majlis yang dihadiri komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Dr Wan Azizah juga menjelaskan bahawa perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam negara mengorak langkah ke arah Malaysia baharu.
Dr Wan Azizah berkata sebagai sebuah negara yang majmuk, tidak harus ada mana-mana kaum merasa iri hati dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.
"Kita melihat New Zealand itu satu negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan white-supremacy (ketuanan bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak bersenjata...kita tidak boleh membenarkan antara kita merasakan iri hati, marah dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air bagi membantu membangunkan negara menerusi kepakaran dan pengetahuan masing-masing.
"Kita memerlukan semua diaspora Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019
WAN AZIZAH: Kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk memperbaiki negara. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benarlah Malaysia negara kleptokrasi, negara pencuri' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana 'Boss' mereka mencuri duit.
Dulu Harimau Asia, kini 'negara pencuri' kerana pemimpin korup - Dr Mahathir
Apabila seorang berkata -Cash is King-, ia sebenarnya bermaksud -Corruption is King- dan dakwa Dr Mahathir, itulah yang pernah dikatakan Datuk Seri Najib Razak.
Bersatu tetap konsisten tolak kleptokrat dalam kerajaan - Wan Saiful
Tidak boleh halang kluster mahkamah untuk sokong kerajaan, tetapi jangan masuk campur hal pentadbiran selagi nama belum dibersihkan.
Calon PM: Saya masih belum buat keputusan - Shafie Apdal
Ketua Menteri Sabah itu berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan dan dalam masa sama ingin menumpukan terlebih dahulu isu rakyat Sabah.
Rancang jatuhkan Faizal Azumu satu tohmahan, tidak berasas - DAP Perak
Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata tindakan itu merupakan satu percubaan melulu untuk menjustifikasikan tindakan keluar parti oleh kedua-dua mereka.
Debat hanya gimik politik Najib, mahu sentiasa diperkatakan - Penganalisis
Beliau berpendapat, debat di antara veteran DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak, sekiranya diadakan, hanya untuk kepentingan politik.
Fokus isu lebih penting dari debat Najib, Kit Siang - C4
Penasihat DAP, Lim Kit Siang disaran tidak perlu berbahas dengan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Pemimpin Bersatu jangan kecewa walau tidak diberi jawatan - Dr Mahathir
Walaupun mungkin ada antara mereka yang berputih mata atau kecewa namun itulah pengorbanan yang mereka perlu lakukan walaupun telah berhempas pulas membawa kemenangan kepada Bersatu dan PH.
Rasuah: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.
Kerajaan harap sokongan rakyat bina semula negara - Tun Mahathir
Kerajaan komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan namun rakyat juga perlu beri sokongan.