awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh Perhimpunan Agung Bersatu: Muhyiddin kecewa, Armada mahu pulih maruah - Hilman

Faida Rahim
Faida Rahim
07/09/2025
10:15 MYT
Kecoh Perhimpunan Agung Bersatu: Muhyiddin kecewa, Armada mahu pulih maruah - Hilman
Hilman ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan tersebut di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam hari ini. - Foto Izzat Fahmi
SHAH ALAM: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hilman Idham, mendedahkan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berasa kecewa dan malu susulan insiden kekecohan yang berlaku ketika beliau menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-8 malam semalam.

Ringkasan AI
  • Ketua Armada, Hilman Idham, mendedahkan Muhyiddin Yassin berasa malu dan kecewa dengan insiden provokasi perwakilan yang menuntut beliau berundur semasa ucapan dasar.
  • Hilman menegaskan kekecohan itu mencemarkan nama parti dan menggesa semua ahli mempertahankan maruah Bersatu.
  • Walaupun berlaku kekecohan, majoriti perwakilan menunjukkan solidariti dengan laungan -Hidup Tan Sri- sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Muhyiddin.

Hilman berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Muhyiddin dalam kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi parti.
“Tan Sri Muhyiddin menyatakan insiden semalam sangat memalukan dalam kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi. Kita telah mengecewakan beliau," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir perhimpunan tersebut di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Menurut Hilman, insiden di mana sekumpulan perwakilan menjerit dan meluahkan provokasi terhadap Muhyiddin untuk meletakkan jawatan telah mencemarkan imej parti.
“Apa yang berlaku malam tadi tidak boleh dinafikan. Media turut menyaksikan segalanya. Kita ada tanggungjawab kerana nama keluarga kita telah tercemar. Maka, kita perlu terus mempertahankan nama baik Bersatu," katanya.
Beliau turut berkongsi kesan peribadi yang dialaminya susulan insiden berkenaan.
“Selepas kejadian itu, saya pergi ke restoran untuk minum. Saya beritahu rakan-rakan bahawa saya tidak dapat menahan kesedihan kerana kita telah melukai hati Presiden sehingga beliau terpaksa menghantar mesej dalam kumpulan WhatsApp," katanya.
Semalam, kekecohan tercetus apabila sekumpulan kecil perwakilan menuntut Muhyiddin berundur, dengan dakwaan bahawa tandatangan sedang dikumpul untuk menggulingkan beliau. Bagaimanapun, pegawai parti bertindak pantas menenangkan keadaan dan mengiringi kumpulan tersebut keluar dari dewan.
Majoriti perwakilan kemudiannya menyatakan sokongan kepada Muhyiddin dengan laungan “Hidup Tan Sri” sebagai tanda solidariti terhadap kepimpinan beliau.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perhimpunan Agung Bersatu
#Hilman Idham
#berasa malu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan