awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi

Bernama
Bernama
01/01/2025
22:15 MYT
Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi bersama keluarga dan rombongan turut singgah di sebuah kedai nasi kandar yang dikenali sebagai antara destinasi ikonik makanan tempatan di Pulau Pinang. - Facebook Wan Junaidi
GEORGE TOWN: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semalam tiba di Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi.
Menurut hantaran di laman Facebook Wan Junaidi, ketibaan beliau bersama keluarga disambut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan pegawai kanan Kerajaan Pulau Pinang pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.
"Sepanjang lawatan ini, Tun dan Toh Puan dijangka menyertai pelbagai program rasmi dan santai termasuk mengunjungi beberapa destinasi pelancongan ikonik di Pulau Pinang.
"Lawatan ini turut dilihat sebagai simbol hubungan erat antara Sarawak dan Pulau Pinang," menurut hantaran itu.
Hantaran itu turut memaklumkan Wan Junaidi merakamkan ucapan penghargaan kepada Chow dan Kerajaan Pulau Pinang atas sambutan mesra serta layanan yang begitu baik kepada beliau serta rombongan.
Wan Junaidi bersama keluarga dan rombongan turut singgah di sebuah kedai nasi kandar yang dikenali sebagai antara destinasi ikonik makanan tempatan, yang disifatkan sebagai usaha beliau dan keluarga mendekati budaya serta keunikan kulinari Pulau Mutiara.
Sementara itu, Chow berharap lawatan tiga hari itu dapat mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan lagi persahabatan sedia terjalin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#lawatan rasmi
#cuti
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan