awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2023
09:37 MYT
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi berkata tawaran tersebut dipersetujui selepas menerima panggilan daripada seorang pemimpin negara pada 13 Jun lalu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan menerima tawaran untuk mengisi kekosongan jawatan Speaker Dewan Negara.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata beliau akan mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Negara pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Parlimen ke-15 Dewan Negara yang berlangsung esok.
"Esok Dewan Negara akan bersidang terlebih dahulu tanpa Speaker. Tetapi saya akan melafazkan sumpah sebagai Speaker Dewan Negara.
"Pelantikan saya sebagai Senator telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 14 Jun lalu setelah nama saya dipersembahkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Dalam masa sama, Wan Junaidi menambah beliau menerima panggilan daripada pemimpin di peringkat Persekutuan yang menawarkan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara.
Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Santubong itu enggan mendedahkan siapa pemimpin berkenaan.
Beliau akan menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat perkhidmatan sebagai Speaker Dewan Negara pada 16 Jun lalu.
Wan Junaidi sebelum ini berkhidmat dalam portfolio undang-undang ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula tahun 2021 hingga 2022.
Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat bermula 2008 hingga 2013.
Dewan Negara bersidang selama enam hari bermula 19 Jun.
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Kerajaan Perpaduan
#Speaker Dewan Negara
#Rais Yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan