awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco

Bernama
Bernama
14/02/2024
09:56 MYT
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Wan Rosdy (foto) berkata Amizar akan memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan mengambil alih tugas ADUN Muadzam Shah Razali Kassim yang akan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan penyusunan semula portfolio melibatkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Wan Rosdy berkata keputusan dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat hari ini serta selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Beliau berkata Amizar akan memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan mengambil alih tugas ADUN Muadzam Shah Razali Kassim yang akan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.
ADUN Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
"Penyusunan portfolio ini berkuat kuasa serta-merta. Saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Exco terlibat.
"Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco, pentadbiran Kerajaan Pahang akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Amizar yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong telah mengangkat sumpah sebagai Exco Pahang yang baharu di Istana Abdulaziz, di sini.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Amizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Okt 2023, yang diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.
Allahyarham Johari sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Amizar Abu Adam
#penyusunan semula portfolio
#Exco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan