awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Saiful berjaya dapatkan pasport untuk lawatan kerja ke Jepun

Bernama
Bernama
06/09/2023
05:23 MYT
Wan Saiful berjaya dapatkan pasport untuk lawatan kerja ke Jepun
Ia bagi membolehkan beliau mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke Jepun. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi mengikuti lawatan kerja ke Jepun.
Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendapatkan sementara pasportnya dari 23 Sept hingga 2 Okt ini, bagi membolehkan beliau mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi Parlimen Malaysia ke negara tersebut.
Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat untuk membincangkan mengenai itinerari lawatan kerja itu pada 14 Sept ini dan memohon pasport dipulangkan sementara kepada anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mohaide berkata pihaknya tidak membantah permohonan itu dengan syarat Wan Saiful membuat aku janji untuk menyerahkan salinan tiket pergi balik dan surat tambahan daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat sebelum berangkat.
Pada 21 Feb lalu, Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek 'Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur' daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.
Beliau juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Saiful Wan Jan
#lawatan kerja ke Jepun
#dapat semula pasport
#Rozina Ayob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan