awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang RM12,600 lesap diperdaya sindiket menyamar pegawai LHDN

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2021
04:20 MYT
Wang RM12,600 lesap diperdaya sindiket menyamar pegawai LHDN
Seorang kerani sebuah syarikat kerugian RM12,600 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai LHDN dari Cyberjaya pada 29 Jun lalu. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang kerani sebuah syarikat kerugian RM12,600 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari Cyberjaya pada 29 Jun lalu.
Wanita berusia 36 tahun menetap di Mentakab, Temerloh itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak di atas perniagaan miliknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menafikan dakwaan itu, namun panggilan terbabit disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Menurutnya, mangsa kemudian dimaklumkan oleh pegawai polis di IPK Pahang maklumat peribadinya telah disalahgunakan sebelum dituduh terlibat dalam kes jenayah.
"Pada 5 Julai lalu, mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada aplikasi WhatsApp yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari IPK Pahang.
"Suspek memaklumkan mahu membantu mangsa menyelesaikan masalah cukai dan kes jenayah dihadapinya dengan syarat mangsa perlu memasukkan semua wang simpanannya ke dalam akaun diberikan bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa tanpa berfikir panjang melakukan pemindahan yang sebanyak RM12,600 pada hari sama.
Katanya, selepas selesai membuat pemindahan wang itu, mangsa mula berasa curiga dan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada petang Jumaat.
"Modus operandi digunakan memperdaya mangsa menerusi panggilan dan menyamar sebagai pihak berkuasa sehingga menyebabkan mangsa kerugian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda," katanya.
*Berita penuh di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kerani syarikat
#Macau Scam
#menyamar pegawai
#LHDN
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#cukai tertunggak
#IPK Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan