awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2022
22:40 MYT
Wang simpanan guru lesap ditipu sindiket Macau Scam
Akibat mendedahkan butiran perbankan, seorang guru lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM22,160 lesap ditipu sindiket Macau Scam. -Gambar hiasan
TELUK INTAN: Akibat mendedahkan butiran perbankan, seorang guru lelaki berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM22,160 lesap ditipu sindiket Macau Scam, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa berusia 47 tahun menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai.
"Mangsa menafikannya menyebabkan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk buat laporan polis.
"Seterusnya panggilan itu disambungkan pula kepada pihak mahkamah kononnya pengadu terlibat jenayah pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Menurutnya, mangsa telah mendedahkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan dalam talian kepada sindiket berkenaan dengan alasan untuk memudahkan seliaan dan pemantauan pihak mahkamah.
"Mangsa menyerahkan segala butiran maklumat akaun bank berkenaan kepada suspek wanita yang dikenali dengan panggilan Jasmin.
"Dia sedar ditipu setelah wang miliknya dipindahkan menerusi dua transaksi dengan jumlah keseluruhan RM 22,160. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesara guru
#Macau Scam
#wang simpanan lesap
#Ahmad Adnan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan