Skip to main content

Hiburan

Suara THR GEGAR 2026 pilih 14 finalis terbaik ke peringkat seterusnya

Barisan finalis terdiri daripada Shafiq, Bebi, Qis, Rina, Muslim, Syazrin, Alif, Aiman, Fatin, Kelly, Puteri, Jaja, Iman, dan Ata. - Foto THR GEGAR
Barisan finalis terdiri daripada Shafiq, Bebi, Qis, Rina, Muslim, Syazrin, Alif, Aiman, Fatin, Kelly, Puteri, Jaja, Iman, dan Ata. - Foto THR GEGAR

Ringkasan AI

  • Seramai 14 peserta terbaik Suara THR GEGAR 2026 berjaya ke peringkat seterusnya selepas melalui proses pemilihan yang kompetitif.
  • Program ini berfungsi sebagai platform pembangunan bakat, memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai dunia penyiaran radio profesional.
  • Peserta akan menjalani cabaran selama empat hari bermula 16 hingga 19 November sebelum peringkat akhir diadakan pada 20 November di Bangi.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Program pencarian bakat penyiar radio Suara THR GEGAR 2026 menyaksikan 14 peserta terbaik berjaya melangkah ke peringkat seterusnya selepas melepasi proses pemilihan yang kompetitif.

Pengurus Jenama THR GEGAR Azah Sahrin berkata, program berkenaan menjadi platform penting dalam usaha melahirkan pelapis baharu industri penyiaran radio tempatan.

Barisan finalis terdiri daripada Shafiq, Bebi, Qis, Rina, Muslim, Syazrin, Alif, Aiman, Fatin, Kelly, Puteri, Jaja dan Iman, manakala Ata melengkapkan senarai Top 14 selepas berjaya meraih tempat menerusi slot wildcard yang diperkenalkan pihak penganjur.

Advertisement

Menurut Azah, Suara THR GEGAR bukan sekadar pertandingan mencari bakat, sebaliknya medium pembangunan bakat yang memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai dunia penyiaran profesional.

“Suara THR GEGAR bukan sekadar pertandingan mencari bakat baharu, tetapi merupakan platform pembangunan bakat yang memberi peluang kepada individu yang mempunyai minat dan potensi dalam bidang penyiaran radio untuk mengetengahkan kemampuan mereka.

Advertisement

“Kami percaya usaha seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan THR GEGAR kekal relevan dan sentiasa mempunyai wajah-wajah baharu yang mampu mencorakkan masa depan industri radio,” katanya.

Azah berkata bakat muda yang diketengahkan menerusi program itu mampu membawa idea serta perspektif baharu yang lebih dekat dengan perubahan trend pendengar khususnya dalam kalangan Generasi Z.

Sepanjang pertandingan berlangsung, kesemua peserta akan menjalani pelbagai cabaran yang direka khas bagi menguji kemahiran penyampaian, kreativiti, personaliti dan kebolehan mengendalikan situasi secara spontan.

Antara aspek yang akan dinilai termasuk kemahiran komunikasi, penciptaan kandungan digital, interaksi bersama pendengar serta keupayaan bekerja dalam persekitaran media yang pantas.

Cabaran dan tugasan akan berlangsung selama empat hari bermula 16 hingga 19 November sebelum peringkat akhir diadakan pada 20 November di sebuah kafe di Bangi.

Azah berharap kesemua peserta memanfaatkan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman secara langsung daripada pengamal industri serta membina asas kukuh sekiranya ingin meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio pada masa hadapan.

Must Watch Video

Advertisement