awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang tunai, pakej percutian, bot laju sebagai rasuah bolot projek

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/07/2021
13:27 MYT
Wang tunai, pakej percutian, bot laju sebagai rasuah bolot projek
SPRM turut menahan seorang jurutera daerah dan dua penolong jurutera kerana dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor terbabit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga kontraktor ditahan kerana disyaki memberikan rasuah kepada pegawai di sebuah agensi pusat di Mersing, Johor bagi mendapatkan projek yang ditawarkan oleh agensi berkenaan sejak tahun 2018.
Kontraktor terbabit berusia antara 31 hingga 44 tahun itu dipercayai mengawal 11 syarikat yang didaftarkan atas nama mereka dan juga proksi untuk membolot projek-projek agensi pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah tersebut.
Menurut sumber, projek-projek yang dimonopoli antara tahun 2018 hingga 2021 itu dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
“Kontraktor-kontraktor berkenaan memberikan pelbagai bentuk suapan rasuah kepada pegawai agensi terbabit termasuk pakej percutian, wang tunai dan barang berharga termasuk sebuah bot laju,” katanya di sini, pada Ahad.
Siri serbuan di sekitar Mersing sejak awal pagi Sabtu itu turut menahan seorang jurutera daerah dan dua penolong jurutera kerana dipercayai menerima rasuah daripada kontraktor terbabit.
Tambah sumber itu lagi, pihaknya menjangkakan akan ada lagi tangkapan susulan bergantung kepada hasil siasatan.
Kes disiasat di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda lima kali ganda nilai suapan.
Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
#SPRM
#jurutera daerah
#Kontraktor
#projek
#tender
#monopoli
#bot laju
#pakej percutian
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan