awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis siasat kereta plat Singapura pandu lawan arus
DUNIA
Kemboja tutup dua lagi pintu sempadan dengan Thailand
MALAYSIA
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita 70 tahun ditahan pandu kereta di lorong motosikal

Bernama
Bernama
22/06/2025
09:00 MYT
Wanita 70 tahun ditahan pandu kereta di lorong motosikal
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang semalam.
NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang wanita warga emas kerana memandu kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang semalam.
"Bertindak hasil maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS berjaya mengesan pemandu wanita berusia 70 tahun itu dan membawanya ke IPD SPS untuk tindakan lanjut.
"Pihak polis juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 8(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) kerana memandu di lorong tidak dibenarkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS di talian 04-5858222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi enam saat memaparkan wanita itu memandu kereta jenis Proton X50 di lorong motosikal di jambatan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#warga emas
#lorong motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami