SEPANG: "Saya sangat bangga dan terharu," kata Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin, seorang daripada lima juruterbang dan satu-satunya juruterbang wanita yang dipertanggungjawabkan menerbangkan vaksin Sinovac untuk rakyat Malaysia itu tiba di negara ini dengan selamat.
Nur Waie Hidayah, 23, yang diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berbangga kerana dapat memecahkan tradisi dunia penerbangan yang biasanya dimonopoli juruterbang lelaki.
"Saya sangat bangga dan terharu. Tiada perbezaan menjadi (juruterbang) lelaki atau wanita. Kami semua diberikan latihan yang sama dan melalui prosedur yang sama," katanya ketika ditemui Bernama selepas mendaratkan pesawat tersebut di KLIA dekat sini, hari ini.
Nur Waie Hidayah yang menyertai Malaysia Airlines sejak 2017, mengendalikan pesawat itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pukul 2.30 pagi (waktu Malaysia) dan mendarat di KLIA, kira-kira pukul 9 pagi tadi.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. KLIK di sini
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
Katanya, beliau dan rakan pasukannya membuat persiapan sejak lima bulan lepas termasuk mempelajari mengenai envirotainer iaitu bekas khas mengandungi vaksin jenis Sinovac yang berkemampuan mengekalkan suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius.
Empat juruterbang lain yang mengendalikan pesawat itu adalah Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanudean Al-Haj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali.
Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH319 dengan hiasan Jalur Gemilang membawa envirotainer mengandungi 200 liter vaksin Sinovac.
Sementara itu, Mohamed Razif , 53, berkata lima juruterbang dikerahkan sekali bagi penerbangan dua hala itu atas faktor keselamatan vaksin yang dibawanya selain tidak mahu mengambil masa yang lama untuk berada di Beijing.
Beliau menjelaskan pesawat Passenger-to-Cargo (PC2) yang digunakan untuk perkhidmatan kargo itu berlepas dari KLIA pada 7 malam semalam dan tiba di Beijing pada pukul 1 pagi.
"Sebaik tiba, operasi memunggah vaksin dijalankan dan kami terbang kembali dari Beijing pada pukul 2.30 pagi tanpa melengahkan masa," katanya.
Anak jati Selangor itu berkata operasi memunggah dan memindahkan vaksin mengambil masa yang agak lama kerana suhu di China berada di bawah 0 darjah Celcius semalam.
Meskipun berbekalkan pengalaman 31 tahun dalam dunia penerbangan, beliau mengakui sedikit risau kerana tidak mahu sebarang perkara tidak diingini berlaku sehingga gagal membawa vaksin ke tanah air.
Vaksin Sinovac itu merupakan vaksin COVID-19 kedua yang tiba di Malaysia selepas vaksin Pfizer-BioNTech.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Selain Nur Waie (empat dari kiri), empat juruterbang lain yang mengendalikan pesawat itu adalah Datuk Kapten Tengku Ahmad Farizanudean Al-Haj, Chin Vun Ben, Kapten Mohamed Razif Abdul Aziz dan Kapten Khairul Syukri Khali. - Foto BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.
Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lebih 1,800 kes mpox disahkan di Afrika dari 20 Oktober hingga 3 November - WHO
Menurut WHO, Republik Demokratik Congo mencatatkan peningkatan terbesar dalam kes dan kematian sepanjang tempoh ini.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.
Hampir 157,000 kanak-kanak terima vaksin polio di Gaza
Jeda kemanusiaan dalam konflik ini juga membolehkan kempen ini mensasarkan ratusan ribu kanak-kanak Palestin.
PBB batal kempen vaksinasi polio di sekolah Gaza selepas premis rosak dibedil
Pegawai dari Hospital Al Awda dan Al Aqsa di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan Israel di sekolah Al Mufti di kem pelarian Nuseirat.
Vaksin kanser ovari sedang dibangunkan Universiti Oxford
Vaksin OvarianVax dibangunkan oleh pasukan yang diketuai Prof Ahmed Ahmed daripada Institut Perubatan Molekul MRC Weatherall Universiti Oxford.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.