awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
22/05/2021
01:30 MYT
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Seorang wanita yang melakukan aksi 'wheelie' hingga tular dalam media sosial ditahan polis di rumahnya di Jalan Pantai, Batu Pahat pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Tindakan seorang wanita menunjukkan aksi 'wheelie' sebuah motosikal dengan dibonceng seorang lelaki hingga menjadi tular dalam media sosial membawa padah apabila ditahan polis pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai di sini.
"Sebuah motosikal juga disita.
"Tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 petang semalam (Jumaat).
"Siasatan mendapati aksi 'wheelie' yang berdurasi selama 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato' Syed Esa di sini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.
Katanya, kedua-dua tangkapan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Jelasnya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).
Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.
Pihak polis, katanya, menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukaj aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.
Artikel asal di Sinar Harian: Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Topic Berkaitan
#wheelie
#motosikal
#bonceng
#Ismail Dollah
#wanita berusia 21 tahun
#Jalan Pantai
#IPD Batu Pahat
#Jalan Dato' Syed Esa
#Seksyen 42
#Akta Pengangkutan Jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan