awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama

Bernama
Bernama
13/07/2023
07:36 MYT
Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama
Ami berkata 30% Club menyasarkan untuk memangkin lebih banyak PLC bagi mencapai 30 peratus perwakilan wanita di Lembaga Pengarah. - Gambar hiasan/pexels.com
KUALA LUMPUR: Golongan wanita mencatatkan 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama di Malaysia, dan hampir 25 peratus di kesemua PLC di Bursa Malaysia, menurut 30% Club Malaysia.
30% Club Malaysia adalah sebahagian daripada kempen global yang diterajui oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutif yang mengambil langkah untuk meningkatkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman (DEI) di peringkat Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan.
Dalam kenyataan hari ini, katanya pencapaian tersebut, berdasarkan data yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti, telah dicapai pada 1 Jun 2023, enam bulan lebih awal daripada tarikh sasaran 30% Club Malaysia pada 31 Dis 2023.
Pengerusi Pengasas 30% Club Malaysia dan Penasihat Maybank Group Datuk Ami Moris berkata perwakilan sebanyak 30 peratus menjadi titik tolak dalam menyediakan pemimpin wanita dengan suara yang berpengaruh dan untuk Lembaga Pengarah ke arah kesetaraan gender.
"Lonjakan terbesar untuk perwakilan wanita di Lembaga Pengarah dicatatkan dari 2021 disebabkan Keperluan Penyenaraian oleh Bursa untuk semua PLC mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita menjelang 1 Jun 2023, disokong oleh tindakan bersama pemimpin mengenai DEI," katanya.
Dalam membina momentum kepelbagaian, Ami berkata 30% Club menyasarkan untuk memangkin lebih banyak PLC bagi mencapai 30 peratus perwakilan wanita di Lembaga Pengarah.
Sehingga 1 Jun 2023, sebanyak 45 daripada 100 PLC utama dan lebih 700 daripada kesemua PLC masih belum berbuat demikian.
Di United Kingdom, katanya wanita kini mencatatkan hampir 40 peratus dalam Lembaga Pengarah syarikat Financial Times Stock Exchange 100 (FTSE100).
"Sasaran kami seterusnya ialah mencapai kesetaraan antara lelaki dan wanita di kesemua PLC menjelang 2030. Ia adalah matlamat yang besar, tetapi bukan sesuatu yang tidak boleh dicapai," kata Ami.
Beliau berkata apabila lebih banyak syarikat menerima DEI, permintaan untuk calon wanita di Lembaga Pengarah dijangka meningkat.
"Saya akan menggesa syarikat untuk beralih daripada membimbing kepada menyokong pemimpin wanita di Lembaga Pengarah dan kepimpinan kanan.
"Ini melibatkan usaha yang lebih giat dan bersepadu untuk membawa wanita yang mempunyai kecekapan dan kemahiran yang sesuai ke tempat yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLC
#Bursa Malaysia
#Club Malaysia
#pemimpin wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan